KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2025) 2024 atau Belanjawan Sabah 2025 berjumlah RM6.421 bilion, semalam.
Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya, berkata belanjawan itu diluluskan dengan suara majoriti ahli mesyuarat selepas dibahaskan seramai 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sejak Isnin lepas.
RUU Perbekalan (2025) 2024 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan Sabah, Datuk Masidi Manjun pada Jumaat lepas.
Sementara itu, Masidi ketika berucap dalam sesi penggulungan sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini berkata pungutan hasil setakat 20 November 2024 telah mencapai RM5.93 bilion iaitu 87.6
Katanya, walaupun menghadapi pelbagai cabaran ekonomi yang kompleks, termasuk ketidaktentuan dalam pertukaran mata wang asing, situasi ini terus menguji keupayaan kerajaan serta pelbagai pihak berkepentingan untuk mengekalkan kestabilan ekonomi.