Kempen Derma Darah CPS 2024 kumpul 1,191 pain darah
17:11 Nov 22, 2024  |  By SabahKini2
Kempen Derma Darah CPS 2024 kumpul 1,191 pain darah

Pengerusi Kempen Derma Darah CPS 2024, Maria Lan berkata, kempen tahun ini bukan sahaja membuktikan kekuatan kerjasama, tetapi juga sebahagian daripada komitmen Centre Point Sabah terhadap prinsip Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

KOTA KINABALU: Kempen Derma Darah CPS 2024 berjaya mengumpul sejumlah 1,191 pain darah.

Pengerusi Kempen Derma Darah CPS 2024, Maria Lan berkata, kempen tahun ini bukan sahaja membuktikan kekuatan kerjasama, tetapi juga sebahagian daripada komitmen Centre Point Sabah terhadap prinsip Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

"Kami amat bersyukur kepada semua yang menyertai kempen bermakna ini serta kepada rakan penganjur dan penaja atas sokongan yang tidak ternilai. 

"Bersama-sama, kita telah membawa perubahan besar dalam menyelamatkan nyawa dan kami berharap dapat meneruskan inisiatif penting ini di masa hadapan," katanya dalam kenyataan di sini, baru-baru ini.

Beliau yang juga Pengurus Pengurusan Harta di Centre Point Sabah berkata, keayaan kempen derma darah ini menyerlahkan dedikasi Centre Point Sabah dalam melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberi impak besar, selaras dengan matlamat ESG untuk mencipta impak sosial positif. 

Menurutnya, sbagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun pusat membeli-belah ini, ia menjadi peringatan bangga tentang apa yang boleh dicapai melalui tindakan kolektif. 

"Kempen tahun ini menetapkan penanda aras baharu untuk acara akan datang, dan pusat membeli-belah ini mengucapkan terima kasih yang mendalam kepada semua pihak yang terlibat menjayakannya," katanya.

Sorotan istimewa acara ini ialah sesi cabutan bertuah secara langsung melalui Facebook Live, di mana para peserta berpeluang memenangi pelbagai hadiah tajaan menarik bernilai hampir RM20,000, termasuk telefon bimbit, jam pintar, ketuhar, hamper dan baucar penginapan hotel. 

Comment