Sabah Mineral Management Sdn. Bhd. (SMM) adalah sebuah syarikat milik penuh kerajaan negeri. Lembaga Pengarahnya ialah KM, SKN, SUT, Peguam Besar Sabah & beberapa pegawai kanan Sabah. Tuduhan Jontih tidak berasas. Tidak ada isu Hajiji campur tangan
Bekas CEO Sabah Mineral Management (SMM) Jontih Enggihon bar-baru ini ditahan SPRM berhubung laporan SPRM yang dibuat terhadapnya.
Beliau berhadapan laporan daripada SMM bahawa bekas ketua pegawai eksekutif, Jontih Enggihon, melanggar kewajipan fidusiari, fraud, dan salah laku, dengan laporan telah dibuat kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketua Pegawai Eksekutif SMM, Natasha Sim, berkata kesalahan Jontih yang didakwa itu dikenal pasti susulan siasatan menyeluruh terhadap hal ehwalnya ketika memegang jawatan tersebut.
Dalam kenyataan kepada media natasha mendakwa ia termasuk pelanggaran kewajipan fidusiari, aktiviti fraud, salah nyata kepada Lembaga Pengarah SMM, dan salah laku rasuah.
“Siasatan berkenaan mengenal pasti beberapa dapatan di mana Jontih bertindak melampaui bidang kuasanya dengan tindakan bertujuan untuk memanfaatkan entiti berpotensi cetus konflik kepentingan, bersekongkol dengan pihak ketiga mewakili kartel berkepentingan.
“Tindakan sedemikian dilakukan tanpa pengetahuan atau kelulusan lembaga pengarah, yang merupakan pelanggaran serius terhadap dasar syarikat dan piawaian tadbir urus,” katanya.
Tuduhan Jontih Ketua Menteri campur tangan
Jontih sebelum ini menuduh Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor menyalahgunakan kuasa berhubung pemberian lesen perlombongan (PL) dan dalam masa sama dia juga telah membuat laporan SPRM terhadap Hajiji.
Kata Jontih yang bersekongkol dengan Malaysiakini memberitahu dia memiliki "bukti" seperti “minit mesyuarat lembaga pengarah SMM”, “nota taklimat bercetak kepada ketua menteri”, dan “mesej teks daripada ketua menteri”.
Jontih menuduh Hajiji campur tangan dalam permohonan Prospecting License – PL di Sabah. Namun dalam beberapa kes yang pernah didedahkan mengenai skandal rasuah RM1.5b Shafie Apdal, dokumen, minit menteri, memo penurunan kuasa Menteri, LOA syarikat atau apa yang sering dikaitkan diluluskan oleh Menteri tidak semestinya dapat diambil tindakan oleh SPRM kerana sesuatu perolehan atau projek melibatkan Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa perolehan kementerian/agensi.
Tiada isu campur tangan: Ketua Menteri dan SKN Lembaga Pengarah SMM
Sabah Mineral Management Sdn. Bhd. (SMM) adalah sebuah syarikat milik penuh kerajaan negeri. Dalam kes ini Jontih tidak sepatutnya menuduh Datuk Seri Hajiji Mohd Noor sebagai campur tangan kerana Datuk Hajiji merupakan Ketua Menteri, Pengerusi SMM dan Ahli Lembaga Pengarah Sabah Mineral Management Sdn Bhd sejak 9 Mac 2021 bersama Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Datuk Seri Safar Untung sejak 13 Disember 2021.
Sementera itu Jontih Enggihon dilantik sebagai CEO bermula 1 September 2021 hinggalah ditamatkan kontrak 31 Ogos 2024.
Ahli Lembaga Pengarah lain bukan calang-calang juga iaitu Frederick Kugan (Ketua Konservator Hutan), Sernam Singh (Setiausaha Hasil Bumi), Datuk Brenndon Keith Soh (Peguam Besar Negeri), Mohd Sofian Alfian Nair (SUT MOF), Datuk Bernard Liew Chau Min (Pengarah Jabatan Tanah Ukur Sabah), Mary Angela Sipaun (Bendahari Sabah), Arthur Sen Siong (Pegawai Khas Ketua Menteri) dan Natasha Sim (CEO/Pengarah).
Bukti keputusan SMM bukan diputuskan Ketua Menteri seorang tetapi
Lembaga Pengarah terdiri pegawai kanan kerajaan
Ini bermakna tiada isu campur tangan kerana CEO/ Pengarah bertanggungjawab terhadap Lembaga Pengarah. Ketua Menteri dan Lembaga Pengarah yang terdiri daripada SKN, Pengarah JTU, Pengarah Konservasi Hutan, Hasil Bumi dan pegawai lain tidak bermakna menerima bulat-bulat laporan dibuat oleh Jontih Enggihon selaku CEO SMM yang ketika itu menjadi 'kuda' kepada Datuk Albert Tei.
Siapa pula Jontih? beliau hanya CEO sedangkan Lembaga Pengarah terdiri dari Ketua Menteri hinggalah pegawai kanan kerajaan. Mereka lebih tahu peranan dan fungsi jawatan masing-masing. Jika keputusan Lembaga Pengarah SMM adalah salah maka yang salah adalah semua termasuk SKN.
Semua apa yang dilaporkan Natasha SIM CEO baharu SMM jelas menunjukkan Jontih Enggihon melakukan salahguna kuasa ketika sebagai CEO Dokumen yang diserah kepada SPRM.
Penjelasan Ketua Menteri mengenai SMM
Dalam satu jawapan ketika penggulungan Sidang DUN Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, menegaskan bahawa Sabah Mineral Management Sdn. Bhd. (SMM) adalah sebuah syarikat milik penuh kerajaan negeri, ditubuhkan sebagai langkah strategik untuk menguruskan sektor mineral dengan lebih tersusun, fokus, dan berkesan.
Katanya, langkah ini bertujuan untuk memaksimumkan potensi sektor mineral sebagai sumber pendapatan baharu bagi negeri Sabah.
“Setakat ini, SMM telah mengeluarkan 26 Lesen Mencarigali (Prospecting License – PL) selaras dengan Seksyen 6 Ordinan Perlombongan Sabah 1960 untuk tempoh dua tahun. Namun, daripada jumlah itu, dua lesen telah ditarik balik oleh pemegang lesen, satu lesen dibatalkan, dan empat lesen telah luput tempoh disebabkan beberapa faktor termasuk ketiadaan kemajuan eksplorasi dan sensitiviti kawasan perlindungan seperti Totally Protected Area (TPA),” jelas Hajiji.
Beliau turut menekankan bahawa lesen mencarigali ini bertujuan untuk menentukan sama ada kawasan tersebut mempunyai mineral bernilai untuk dilombong.
Jelas Hajiji lagi, sebarang permohonan untuk Mining Lease bagi operasi perlombongan hanya akan diputuskan selepas terbukti terdapat mineral yang boleh dibangunkan.
“Keputusan akhir mengenai perkara ini akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri untuk pertimbangan,” ujarnya.
Ketua Menteri turut mengulas mengenai isu berkaitan laporan salah laku dalam pengurusan mineral yang sedang menjadi perhatian.
Beliau memaklumkan bahawa laporan berkaitan telah diserahkan kepada pihak berwajib untuk siasatan lanjut.
“Saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berwajib untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat sebarang unsur salah laku atau penyalahgunaan kuasa. Oleh kerana kes ini sedang dalam siasatan, saya tidak dapat mengulas lebih lanjut untuk mengelakkan siasatan terganggu,” kata Hajiji.
Beliau juga memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa pentadbiran baharu SMM beroperasi secara telus dan mengikut prinsip tadbir urus yang baik (good governance), dengan semua kelulusan diputuskan melalui Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah.