Masih ingat tentang syarikat MBI International dan Mface apabila pada 31 Mei 2017 syarikat itu diserbu oleh KPDNKK? Sebanyak 91 akaun bank membabitkan skim Mface Club berjumlah RM177 juta dibekukan kerana terlibat dalam aktiviti skim piramid susulan “Ops Token” melibatkan serbuan di tiga premis kediaman dan dua premis di sekitar Lembah Klang serta satu di sebuah pusat beli belah di Pulau Pinang.
Operasi itu diselaraskan Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET) dari Jabatan Peguam Negara dan diketuai Bahagian Penguatkuasa, KPDNKK, yang turut disertai BNM, SSM, Polis DiRaja Malaysia dan Cybersecurity Malaysia
Bagaimanapun pada 20 Jun 2017 Pengasas MBI Group Mr Teddy Teow telah ditahan Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK dengan membekukan 98 akaun bank yang digunakan bagi menjalankan kegiatan pengubahan wang haram membabitkan nilai RM209 juta yang diselenggara MBI Group.
Malah yang terbaru dari PDRM pada 19 Disember 2017 apabila mendedahkan senarai 30 syarikat pelaburan yang dipercayai terbabit dalam penipuan membabitkan kerugian kira-kira RM3.8 bilion. Rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menunjukkan seramai 974,301 individu menjadi mangsa syarikat terbabit. Syarikat yang turut terbabit ialah MBI/Mface.
Blog seperti Theunspinners, Snapshot dan anotherbrickinwall banyak mengupas skim cepat kaya MBI Group ini termasuk kaitan mereka dengan Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang termasuk proksi-proksi bergelar Tan Sri yang melindungi Lim Guan Eng.
Nampaknya selepas siri serbuan dan tangkapan itu skim MBI tidak pernah mati malah terus hidup dalam bentuk lain. Ramai tahu syarikat ini beroperasi tanpa lesen menerima deposit.
Syarikat mengambil banyak "illegal deposit taking" tanpa lesen perbankan. Mereka beroperasi dengan menggunakan banyak agen dan "group leader". Syarikat ini menggunakan wang ahli-ahli ini dengan membeli aset, barangan mewah dan membuat pelaburan menggunakan nama nama proksi.
Ahli-ahli MBI ini terpaksa memasukkan wang ke dalam syarikat dan memberi pulangan dengan menggunakan bonus point. Bonus point yang diberi adalah sangat minimal dan harga-harga barangan dalam e-mall mereka adalah sangat mahal. Ahli mereka ini khususnya dari luar negara seperti China, Korea, Hong Kong, Jepun, Indonesia, Thailand, Singapore dan lain-lain lagi.
Syarikat di dalangi Teddy Teow ini terus hidup. Beliau kini bergerak menggunakan banyak proksi dan penama-penama lain untuk menjalankan operasi haram ini. Syarikat ini juga menggunakan proksi mereka seperti peguam sebagai "stakeholder" mereka dan setiausaha syarikat (company secretary) untuk menjalankan aktiviti haram dan salah disisi undang undang ini.
Hasil siasatan baru syarikat kumpulan MBI kini menjalankan aktiviti dengan menggunakan proksi baru mereka iaitu:
Peguam / Law Firm / Proksi Stakeholder:
1. Han & Partners (advocates & solicitors)
Pejabat: Menara Oval Damansara
017-3004133
03-28569215
www.hanpartners.com.my
Segala dokumen perjanjian oleh syarikat MBI, Teddy Teow, menggunakan proksi orang ketiga ada bersama peguam ini. Pihak berkuasa harus menangkap dan menyiasat firma guaman ini. Siasatan dan tangkapan mampu menumpaskan semula MBI group yang menipu para pelabur di dalam dan luar negeri. Segala rahsia MBI Group dipegang oleh peguam ini.
2. Company Secretary / Setiausaha Syarikat
MBI Group kini menggunakan setiausaha syarikat Haspro Holding Sdn Bhd (1141306-M). Kesemua syarikat MBI dan sekutunya di jaga oleh setiausaha syarikat ini dan syarikat ini mengetahui operasi dan juga sistem bonus points yang digunakan dalam membership dan investment program
3. Selain itu Syarikat proksi / bersekutu yang terlepas dari pihak berkuasa
i. Mayapada Capital Sdn Bhd (memegang aset dan wang kesemua pelabur)
ii.Sunzen Biotech Berhad (membersihkan dan mencuci duit dengan membeli atau melabur di dalam capital market melalui syarikat tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur)
iii. MCALLS (Line telefon yang sedang giat menaja di Astro dalam segmen bola english premier league)
Pihak berkuasa seperti Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET) dari Jabatan Peguam Negara, Bank Negara Malaysia (BNM), Polis DiRaja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Cybersecurity Malaysia diharap dapat menyiasat anak syarikat MBI Group baru ini termasuk membekukan aset dan bank akaun mereka supaya ramai lagi ahli ahli tidak tertipu.
Hak-hak Pengguna dan rakyat Malaysia perlu dilindungi dari syarikat yang menawarkan skim pelaburan menipu.
Menurut sumber kebanyakkan ahli yang tertipu dan terpedaya adalah dari kaum cina yang malu dan tidak mahu media massa tahu akan penganiayaan yang berlaku terhadap mereka melalui program skim cepat kaya atau money game.