Ketidaktentuan TYT Sabah, khabar Tan Sri Joseph Lo sakit menjunamkan harga saham Azam Jaya Bhd
12:11 Nov 29, 2024  |  By SabahKini2
Ketidaktentuan TYT Sabah, khabar Tan Sri Joseph Lo sakit menjunamkan harga saham Azam Jaya Bhd

Saham Azam Jaya telah jatuh melebihi 20 peratus sejak penampilan sulung di Pasaran Utama. Pernah melonjak RM1.32 dan kini terbaru jatuh 0.86 sen. Ketidaktentuan, status kesihatan pengerusinya dan kebimbangan pelabur beri kesan kepada Azam Jaya.

Disebalik ketidak ketentuan pelantikan TYT Sabah yang dikaitkan VVIP di belakang Azam Jaya Bhd dan desas-desus keuzuran Pengerusinya Tan Sri Joseph Loh @ Lo Tain Foh kini kini jatuh melebihi 20.18% sejak ia didagangkan hari pertama 11 November lalu

 

Harga saham Azam Jaya kini 0.87 MYR sejak harga tertingginya mencecah RM1.32 pada 13 November 2024.

Media sebelum ini melaporkan penampilan sulung di Pasaran Utama  saham Azam Jaya melonjak 39.74% atau 31 sen daripada harga tawaran awam permulaannya (IPO) sebanyak 78 sen.

Pada harga penutup RM1.09 ketika itu, Azam Jaya bernilai RM545 juta berdasarkan 500 juta saham yang diterbitkan selepas penyenaraian.

 

Isu-isu Azam Jaya

Sabahkini2 sebelum ini melaporkan Azam Jaya yang bergantung kepada ‘kabel’ Istana Negeri, terlibat dengan skandal konsesi ‘Jalan Hantu’ ketika Warisan berkuasa selain terlibat projek Pan Borneo sahamnya bakal jatuh sekiranya TYT Sabah sekarang tidak disambung khidmatnya.

ARTIKEL BERKAITAN- TYT Sabah bakal bertukar, IPO Azam Jaya Bhd di Bursa Malaysia tergugat?

ARTIKEL BERKAITAN-  Sapu Pan Borneo RM788.3 juta, monopoli 'flyover' skandal jalan 'hantu' Majlis Daerah ke Azam Jaya Berhad!

 TYT Sabah bakal bertukar, IPO Azam Jaya Bhd di Bursa Malaysia tergugat?

 

Kebimbangan ini telah ada dan mempengaruhi saham Azam Jaya sekarang.

Ini belum termasuk pengumuman Bursa Malaysia pada 28 November berhubung kes rayuan kes saman - Kes Mahkamah Rayuan Malaysia (“COA”) No. S-02(NCvC) (W)-1742-09/2022: Pembinaan AJ lwn Maybank Berhad sebuah pertikaian Projek Pan Borneo sejak 2019.

Kebimbangan pelabur dan bank akan beri kesan kepada Azam Jaya. Apakah sahamnya akan terus jatuh bawah 0.70 sen? Khabar beliau sakit dan dalam pengawasan keluarga pasti akan memberi kesan kepada saham syarikat Azam Jaya. Sama-sama kita melihat sejauh mana Azam Jaya bertahan. 

2 Comments