Drama Jontih Enggihon bekas CEO Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM) nampaknya belum berakhir. Dua minggu berlalu isu SMM terus senyap dan menyepi seperti isu lain datang dan pergi.
Perang mulut antara Jontih dan juga Natasha Sim CEO SMM bukan baharu. Tanyalah staff SMM. Semua tahu Jontih tidak puas hati Lesen Mencarigali (Prospecting License – PL) bagi syarikat kroni Dato’ Albert Tei dibatalkan oleh SMM. Jontih sangat tidak berpuas hati dengan Natasha.
Jontih Enggihon menggunakan media untuk memburukkan SMM, Ketua Menteri dan BOD. Susulan itu pada 18 November lalu, Natasha Sim memaklumkan SMM akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Jontih kerana didakwa bertindak melampaui kuasanya untuk menguntungkan “entiti yang berisiko ada konflik kepentingan”.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, SMM mendakwa siasatan dalaman mendapati ada pelanggaran tanggungjawab fidusiari, kegiatan penipuan, salah nyata (misrepresentation) atau penipuan terhadap lembaga pengarah SMM, serta salah laku oleh Jontih.
SSM juga berkata peguam pihaknya juga meneroka tindakan sivil ke atas Jontih bagi mendapat ganti rugi untuk kerugian kewangan dan kerosakan imej yang dialami syarikat.
Jontih Enggihon Vs Natasha Sim
Jontih bengang dengan laporan Natasha mengenai dakwaan salah laku dirinya.
Hari ini bekas CEO Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM) itu tampil lagi dengan drama baru dengan membuat laporan polis terhadap Natasha Sim atas dakwaan salah guna kuasa, rasuah dan konflik kepentingan.
Laporan dibuat kepada PDRM bukan SPRM.
Menurut laporan itu, Jontih mendakwa Sim pada Ogos lalu menaiki jet peribadi yang disediakan sebuah syarikat terkemuka dari Indonesia dan tidak memaklumkannya kepada pengurusan mahupun lembaga pengarah SMM.
Perjalanan itu kononnya dianggarkan menelan belanja RM400,000, didakwa melibatkan Sim, suaminya, usahawan balak Elbert Lim serta dua anak Lim.
Laporan itu juga mendakwa Lim dan syarikat Indonesia terbabit sedang memohon lesen cari gali daripada SMM.
“Perjalanan ke Indonesia ini dirahsiakan Sim untuk tujuan peribadi dan wujudnya unsur kesalahan konflik kepentingan dan integriti serta bercanggah dengan tatakelola sebuah syarikat milik penuh kerajaan Sabah,” menurut Jontih.
Tidak cukup itu Jontih mempersoalkan kelayakan Sim untuk menjadi CEO yang sebelum ini beliau adalah COO syarikat sebagai berkata Natasha kurang pengalaman dalam sektor mineral, geologi dan perlombongan.
Siapa sebenarnya CEO SMM bermasalah?
Sama ada Jontih atau Natasha Sim kedua-duanya dilantik oleh Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor yang juga Pengerusi SMM. Ia merupakan kuasa Ketua Menteri melantik siapa yang dia mahu kerana SMM mempunyai Lembaga Pengarah terdiri daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Safar Untong SKN, Frederick Kugan (Ketua Konservator Hutan), Sernam Singh (Setiausaha Hasil Bumi), Datuk Brenndon Keith Soh (Peguam Besar Negeri), Mohd Sofian Alfian Nair (SUT MOF), Datuk Bernard Liew Chau Min (Pengarah Jabatan Tanah Ukur Sabah), Mary Angela Sipaun (Bendahari Sabah), Arthur Sen Siong (Pegawai Khas Ketua Menteri) dan Natasha Sim (CEO/Pengarah).
Maka tidak timbul Hajiji Ketua Menteri campur tangan atau salahguna kuasa kerana Ketua Menteri sendiri sebagai Lembaga Pengarahnya. Ia keputusan kolektif Lembaga Pengarah SMM.
ARTIKEL BERKAITAN- Dakwaan Jontih berlaku campur tangan tidak berasas, Ketua Menteri, SKN, SUT dan pegawai kanan kerajaan adalah ALP SMM
Jontih fikir boleh perbodoh pegawai kanan Kerajaan Dia siapa?
Hakikatnya Jontih ketika sebagai CEO SMM bersekongkol dengan Dato’ Albert Tei menipu laporan memperdaya Ketua Menteri dan BOD SMM bagi melantik syarikat kroni bagi Prospecting License
Jontih berpakat dengan Dato’ Albert Tei bagi menyebar video Adun susulan hutang mereka terhadap syarikat lombong sebelum ini yang lesen mereka dibatalkan dalam tempoh dua tahun. Mereka dapat lokasi mencari gali namun tidak pun mencarigali dalam tempoh diberikan. Mereka sibuk menjual Prospecting License kepada pelbagai pihak.
Sebagaimana Jontih membuat laporan kepada media dan juga SPRM Jontih sepatutnya menyerahkan kepada pihak SPRM menyelesaikan aduan SMM terhadapnya. Sama ada Natasha atau Jontih benar biarkan SPRM menentukan siasatan.
Natasha Sim nafi tuduhan Jontih
Sementara itu Natasha Sim menafikan dakwaan beliau tidak beritahu perjalanan ke Indonesia yang ditaja, dengan menaiki jet peribadi, pada awal tahun ini.
Natasha juga menafikan dakwaan bahawa beliau mengelirukan lembaga pengarah dengan meminda minit mesyuarat, seperti yang didakwa dalam suatu laporan polis yang dibuat di Sabah, oleh Jontih.
“Berdasarkan maklumat tidak sah yang tersebar, saya dengan tegas menafikan semua dakwaan salah laku terhadap saya.”
“Dakwaan-dakwaan yang tidak berasas dan berniat jahat ini nampaknya suatu percubaan sengaja dengan tujuan untuk merosakkan karakter dan nama baik saya,” katanya kepada media.
Natasha Sim berkata beliau sedia disiasat berhubung perkara ini, serta berikrar akan beri kerjasama penuh.
Sim bertegas mempunyai dokumen untuk menafikan dakwaan-dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyedar dan menerbitkan dakwaan-dakwaan tersebut.
Kerjasama lama : Jontih CEO, Natasha Sim COO
Seorang bekas CEO dan seorang COO yang dinaikkan pangkat sebagai CEO SMM. Dulu bekerjasama dan sekarang tidak. Mereka berdua saling tahu rahsia masing-masing. Mereka berdua juga pernah berhadapan BOD SMM. Sama ada mereka menipu BOD ini boleh disiasat.
Jika Natasha melaporkan kepada SPRM dan PDRM Jontih sebagai CEO SMM melanggar kewajipan fidusiari dan melakukan fraud dan salah laku maka laporan Jontih kepada PDRM kononnya Natasha berkawan baik denga taukeh balak biarlah SPRM dan polis siasat.
Sim berkata salah laku yang didakwa dilakukan oleh Jontih itu terbongkar susulan siasatan dalaman menyeluruh ke atas hal ehwalnya semasa memegang jawatan itu.
Jontih menafikan dakwaan-dakwaan itu dan berkata dakwaan mengatakan beliau bertindak sebagai orang tengah adalah suatu ‘pembohongan’.
Isu sangat mudah jika Jontih CEO lama dan Natasha Sim CEO baru terlibat rasuah kedua-duanya maka tidak perlu ‘pilih bulu’ sumbat saja kedua-duanya. Apa yang berlaku sekarang hanyalah sebuah perebutan kuasa CEO, ‘kau dapat dulu, aku dapat sekarang’. Siasat akaun kedua dua sama ada mereka kaya raya atau tidak.