Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Syazwan Latun berkata, sebaik menerima panggilan jam 9.44 pagi, sepasukan anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
KOTA BELUD: Lima individu mengalami kecederaan selepas kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Rosok Bengkahak, di sini semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi itu, kesemua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Kota Belud untuk rawatan lanjut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Syazwan Latun berkata, sebaik menerima panggilan jam 9.44 pagi, sepasukan anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
"Setiba di lokasi kejadian, didapati sebatang pokok tumbang menghempap kereta mangsa.
"Terdapat lima mangsa terbabit telah dikeluarkan dan dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba," katanya.
Menurutnya, pasukan bomba dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menjalankan operasi memotong pokok tumbang menggunakan peralatan khas gergaji berantai.
"Seterusnya mengalihkan dahan pokok tumbang ke tempat selamat.
"Selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan sepenuhnya jam 10.11 pagi," katanya.