Lapangan Terbang Antarabangsa Jinzhou Bay Dalian, di luar pantai timur laut negara, meliputi kawasan seluas 20 kilometer persegi,
BEIJING: China dilaporkan sedang membina lapangan terbang di pulau buatan manusia, yang terbesar di dunia.
Lapangan Terbang Antarabangsa Jinzhou Bay Dalian, di luar pantai timur laut negara, meliputi kawasan seluas 20 kilometer persegi,
Ia akan memiliki empat landasan dan terminal penumpang seluas 9,00,000 meter persegi.
NDTV melaporkan, perancangan untuk lapangan terbang itu bermula pada 2003, tetapi pembinaan secara besar-besaran hanya bermula baru-baru ini.
Dijadual siap pada 2035, lapangan terbang itu menyasarkan untuk mengendalikan 80 juta penumpang setiap tahun, menurut satu kenyataan rasmi.
Apabila siap, ia akan mengatasi Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dan Lapangan Terbang Kansai Jepun, sebagai lapangan terbang di pulau buatan, yang terbesar di dunia.
Projek itu berdepan cabaran besar termasuk keadaan geologi yang kompleks dan jadual pembinaan yang mencabar, menurut jurutera syarikat pembangunan projek itu, Li Xiang,
Dalian, sebuah bandar dengan populasi 7.5 juta menjadi hab pengangkutan utama kerana berdekatan dengan Jepun dan Korea Selatan.
Lapangan terbang antarabangsa semasa di bandar ini iaitu Zhoushuizi mencapai kapasitinya walaupun terdapat beberapa pembesaran, mendorong pembangunan kemudahan baharu itu.
China berada di landasan untuk menjadi pasaran perkhidmatan penerbangan terbesar menjelang 2043, mengatasi Amerika Utara dan Eropah.
Nilai pasarannya dijangka melonjak daripada A$23 bilion (kira-kira RM105 bilion) pada 2024 kepada AS$61 bilion (kira-kira RM280 bilion).
Pada 2024, sektor penerbangan China mencapai tahap baharu dengan 700 juta penumpang, tertinggi pernah direkodkan.