Dalang pendemo mahasiswa 31 Disember orang yang sama. Budak Mukmin Nantang dan Horhamdin. Modus operandi sama. Dijangka budak PTI dan Stateless dari Borneo Komrad hadir menyamar mahasiswa UMS. Berlaku 3 pertembungan esok. Apa akan jadi?
Siapapun dalang perhimpunan Mahasiswa UMS pada 31 disember yang pasti mereka adalah budak-budak didikan Mukmin Nantang dari Suara Mahasiswa dan NGO Borneo Komrad. Modus operandi demo tidak berubah kekal cara ‘Mukmin Nantang’. Belakang budak-budak ini tiada lain selain Parti Warisan dan pembenci GRS.
Selepas demonstrasi air jun lalu kumpulan yang dibokong Borneo Komrad sering berdemo hal setinggan Sabah kini menggunakan kesempatan dari isu penyebaran video ugutan dari Dato’ Albert Tei broker lesen mineral di Sabah. Tiada tangkapan dan pendakwaan SPRM tetapi mereka membuat tuduhan.
Dalang semua demo sebelum ini
Dalam beberapa siri sidang media kelihatan budak Mukmin, Mohammad Norhamdin Nordin Koordinator Perhimpunan perhimpunan sebelum ini masih terlibat dalam demo 31 Disember ini. Beliau dilaporkan tidak lagi belajar di UMS namun menggunakan nama Mahasiswa UMS untuk berdemo.
demo yang bakal diadakan.. masih ada nafsu situa..
NGO haram sampah UMS ni masih ada sebagai pelopor
Menurut sumber kali ini strategi sama digunakan oleh mereka dengan membawa orang luar sebagai penyamar mahasiswa UMS terutama warga asing tiada IC atau budak-budak stateless. Pastinya selepas akan ada tangkapan pendemo tiada IC sebagaimana sebelum ini.
[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] 9 budak Mukmin Nantang menyamar mahasiswa UMS ditangkap tiada IC Demonstrasi air
Kaum mahasiswa yang berdemo anti Musa dan GRS ini pun sudah diketahui sama dengan budak-budak ‘suku’ Mukmin Nantang. Suku ini memang sejak dulu taksub Warisan dan Shafie Apdal. Kisah Mukmin Nantang dan budak-budaknya boleh dibaca disini?
ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Selepas palauh,setinggan PTI, Mukmin Nantang bos Borneo Komrad tunggang mahasiswa UMS demo isu air
Hina TYT Sabah
Demo kali ini menyaksikan mahasiswa biadap pro Warisan ini mengambil kesempatan menghina TYT Sabah baharu Tun Datuk Seri Panglima Musa Aman yang dilantik baru-baru ini oleh Yang Dipertuan Agong. Jika mereka menggunakan fakta dan kebenaran mengapa Agong memilih Musa sudah tentu mahasiswa yang mengkritik Musa akan lebih waras. Agong sendiri tahu Tun Musa bebas rasuah selepas mahkamah melepas dan membebaskan kesnya pada jun 2020 selain pengesahan ICAC Hongkong Musa tiada kes. Melihat kepada poster dan tangkap layar di page mereka memang sangat biadap terhadap TYT.
Kumpulan Warisan dan pembenci Musa menyerang Musa dengan kes mahkamah yang semua tahu semua kes itu dicipta Tun Dr Mahathir PM7 dan Shafie Apdal. Hakikatnya pertuduhan Musa adalah dendam Shafie Apdal sejak merampas jawatan KM pada 12 Mei 2018. Beliau menggunakan kuasanya untuk menekan Musa Aman ketika itu dari terus mencabar kedudukan Ketua Menteri yang dirampasnya melalui lompat parti.
[ARTIKEL BERKAITAN- Musa Aman dilantik Yang Dipertua Negeri Sabah, pemimpin Warisan dan 'haters' menggelupur tidak senang duduk
Apakah mereka mempertikai Agong?
Bagaimana dengan kumpulan luar?
Terdapat sumber mengatakan demo kali ini selain membawa penyamar bukan pelajar dan PTI tetap NGO Pro Warisan dan didalangi jenayah terancang seperti budak-budak Dato’ Seri Maslan @ UPPIK yang benci GRS dan Musa dijangka turut bersama asalkan misi menjatuhkan kerajaan disegerakan.
Beliau sebelum ini memohon pengampunan TYT lama untuk dibebaskan dengan bayaran berjuta namun usaha itu gagal. Sudah tentu di bawah Tun Musa usaha Dato' Seri Maslan@UPPIK akan terus gagal. Maka NGO-NGO bawah kawalannya diarah hadir memanaskan demo 31 Disember.
NGO ‘pilak’ seperti Borneo Komrad menjadi pendokong membawa NGO-NGO berbayar lain seperti Cahaya Society (Sandakan), Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (HARAM), Gerakan Mahasiswa Pro-Siswa Kolej Komuniti Malaysia, Pertubuhan Mahasiswa Kongress Gombak (Congress) , Pusat Pembangunan Rakyat (Mandiri) dan NGO haram lain. Borneo Komrad dan Sekolah Alternatif yang majoriti tiada kad pengenalan sama ada PTI atau Stateless pasti hadir meramaikan himpunan mereka.
Polis dan Jabatan Imigresen perlu dikerah pada 31 Disember nanti agar tidak berlaku kekacauan dan keganasan.
Pertembungan dan rusuhan?
Susulan cadangan beberapa penganjur lain Himpunan Bangkit Rakyat dan juga Karnival Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) yang dilaksana di kawasan sama kumpulan mahasiswa NGO haram UMS itu memprotes kononnya satu provokasi mengganggu demo mereka pada 31 Disember.
NGO Haram UMS berang dengan pertembungan program. Ini bermakna crowd pada 31 disember bukan dari himpunan tetapi program yang berjalan berhampiran Menara Kinabalu. Penutupan jalan bakal menggagalkan usaha itu.
Mengapa mereka marah sedangkan itu juga demokrasi bagi pihak lain.
Bagaimanapun menjadi kebimbangan bagaimana jika pertembungan kumpulan pendemo berakhir kepada kekecohan? atau pendemo haram UMS mengganggu peniaga program Karnival Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM)?
Bagaimana jika ada pihak yang berniat jahat menggunakan himpunan ini medan rusuhan?
UMS dan MPP setakat ini menafikan penglibatan mereka dalam demo mahasiswa kali ini. Demo tidak mewakili UMS.
Meraikan kehadiran Fahmi Reza pelukis karikator biadap
Tanda-tanda politik tidak sihat di Sabah ialah kedatangan Fahmi Reza dari Malaya ke Sabah disambut oleh kumpulan mahasiswa pro Warisan ini.
Mereka merayakan contengan Fahmi sebagai seni dengan menghina TYT Sabah walaupun jelas ia sebuah vandalisme di Bandaraya Kota Kinabalu.
Bagi mereka budak Malaya ini contoh yang baik dalam protes demokrasi. Fahmi Reza mungkin hadir menyokong demo 31 Disember ini.
DBKK bertindak sepatutnya lapor polis dan dakwa vandalisme
Terdapat maklumat ada pihak yang membawa Fahmi ke Sabah dan masuk mudah di KKIA selain membawanya membuat contengan secara terbuka sebagaimana di lihat dimedia sosial. Siapakah mereka agaknya. Ada pihak melihat fahmi di escort di lapangan terbang Kota Kinabalu. Game siapa agaknya?
Apakah TYT Sabah akan berdiam diri melihat pelbagai pihak menyerangnya dan dalam masa sama Tun Musa Aman tahu siapa pelaku dan dalangnya?
Apakah akan berlaku esok? 3 program iaitu Himpunan mahasiswa UMS, himpunan Bangkit Rakyat dan Karnival Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) bertembung esok di hadapan Menara Kinabalu.
31 disember pastinya akan ada tangkapan dan kejutan namun apakah hari itu hanya akan diketuai 31 Disember. Siapa akan ditangkap esok?
Apapun kerajaan Sabah diketuai Datuk Seri Haji Hajiji Ketua Menteri tidak perlu terlalu fokus isu politik yang sedang digimikkam. Menjelang PRN hanya perlu fokus isu rakyat terutamanya isu kos kehidupan rakyat. Hasil Sabah yang diperolehi sehingga RM6 bilion perlu dibelanjakan sewajarnya untuk rakyat. Pujuk hati rakyat dengann berbelanja tepat menjelang saki baki pembubaran DUN. Menang kalah dalam PRN semua belum pasti tetapi yang pasti PRN merupakan kuasa undi rakyat bukan orang politik. Sumber kuasa ada pada Ketua Menteri dan kerajaan maka sebaiknya digunakan.