Demo 31 disember gagal: Mukmin Nantang, Norhamdin dan mahasiswa pro pembangkang UMS dimalukan
20:01 Jan 02, 2025  |  By SabahKini2
Demo 31 disember gagal: Mukmin Nantang, Norhamdin dan mahasiswa pro pembangkang UMS dimalukan

Nampaknya rakyat Sabah semakin sedar. Demolah apapun kerajaan tetap berfungsi sehingga PRN. Rakyat tahu dan meluat budak PILAK Mukmin Nantang dan Norhamdin lakukan strategi sama memimpin demo. Mereka bukan mahasiswa UMS lagi..

Demonstari Mahasiswa UMS dan juga orang luar yang didalangi Mukmin Nantang dan Horhamdin Nordin yang menjanjikan 10 ribu orang pendemo hanya dihadiri 200 orang. Nampaknya himpunan diketuai bekas mahasiswa pembangkang UMS itu jelas gagal dan memalukan.

Melawan demonstrasi provokasi dengan cara provokasi serta karnival ria rakyat terbukti meranapkan gerak kerja mahasiswa pro pembangkang yang didalangi pihak tertentu. Tidak perlu kekerasan seperti yang diharapkan oleh dalang demo itu untuk meraih simpat rakyat.

 

Mahasiswa pembangkang UMS tiada pelapis bagus, perlu guna
bekas pelajar Norhamdin dan Mukmin Nantang

Rakyat Sabah dah nampak pendemo dalang bekas mahasiswa bermasalah di UMS. Norhamdin yang kini di Semenanjung pun sanggup terbang ke Sabah semata-mata demonstrasi yang gagal. Mukmin Nantang macam biasa akan ambil kesempatan dengan Borneo Komradnya.


Mukmin Nantang tak pandai malu gunakan nama mahasiswa

Kumpulan mahasiswa itu berkumpul di pintu gerbang Universiti Malaysia Sabah (UMS) sejak jam 1 petang sebelum berarak ke kawasan Menara Kinabalu sebagaimana demo sebelum ini.

Manakala Kumpulan Bangkit Sabahan bawah Zulkarnain Mahdar di Anjung Selera, Teluk Likas dan memaklumkan mereka hanya dibenarkan berkumpul dalam 1500 orang.

Sementara  di Lokasi sama kira-kira 1 kilometer dari tapak perhimpunan diadakan Karnival Ria anjuran Kerajaan Negeri di hadapan Menara Kinabalu, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah yang dilaporkan media dihadiri hampir 5000 orang pengunjung.

Nampaknya program baik rakyat menenggelam perbuatan jahat mahasiswa dan bekas mahasiswa UMS yang berkepentingan itu. Demo budak 'PILAK' seperi Mukmin Nantang sudah tidak laku lagi. Hanya sentimen semata. Borneo Komrad bernasib baik tidak ditangkap membawa PTI dan budak stateless seperti sebelum ini. 

 

 

Sekalippun mereka cuba membawa Fahmi Reza dari Malaya dengan cara sama lakaran menghina individu terutama TYT Sabah, Tun Musa Aman ia hanya mengundang keburukan kepada persepsi terhadap Malaya.Tiba-tiba orang Sabah sokong cara biadap seperti Fahmi Reza. Tun Musa sudah berhadapan kesnya sejak rampasan kuasa 12 Mei 2018. Beliau melawannya di mahkamah sehinggalah mahkamah membebas dan melepaskannya kerana tiada kes. Maka jika ada sesiapa tidak berpuas hati terhadap Musa maka mereka melawannya dengan saman di mahkamah. 

PRN adalah penentu kerajaan. Sama da bubar awal atau lambat itu kuasa Yang Dipertua Negeri Sabah. 

4 Comments