Rakyat jangan terpengaruh elemen luar yang jejaskan perpaduan - Hajiji
05:01 Jan 06, 2025  |  By SabahKini2
Rakyat jangan terpengaruh elemen luar yang jejaskan perpaduan - Hajiji

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata rakyat negeri ini yang mempunyai lebih 30 etnik hidup dalam keadaan harmoni sejak sekian lama

Kerajaan negeri akan terus memastikan perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di Sabah kekal terpelihara, sekali gus tidak mahu ada sebarang elemen luar datang meracuni pemikiran dan budaya rakyat negeri ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata rakyat negeri ini yang mempunyai lebih 30 etnik hidup dalam keadaan harmoni sejak sekian lama.

"Kita menghormati kebudayaan semua kaum sebab itu kerajaan negeri turut menganjurkan perayaan besar di Sabah seperti Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina di peringkat negeri," katanya.

Beliau merasmikan Pesta Tarian Naga, Singa dan Unicorn Tahun Baharu Cina serta Pameran Kampung Budaya 2025 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, semalam.

Hajiji berkata pihaknya akan memastikan semua budaya dan perayaan dihormati termasuk memberi peruntukan kepada rakyat di negeri ini.

Comment