Langgar Akta Pertubuhan PPBM dibubar sementara - KP RoS
13:04 Apr 05, 2018  |  By SabahKini2
Langgar Akta Pertubuhan PPBM dibubar sementara - KP RoS

PPBM tidak dibenar guna nama, logo dan laksana aktiviti berkaitan parti dalam tempoh 30 hari pembubaran sementara.

Putrajaya, 5 April- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dibubarkan sementara kerana melanggar Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966, kata Ketua Pengarah Pendaftaran Pertubuhan (RoS), Surayati Ibrahim.

PPBM tidak dibenar guna nama, logo dan laksana aktiviti berkaitan parti dalam tempoh 30 hari pembubaran sementara.

Jika gagal kemukakan butir-butir maklumat dan dokumen yang diperintah dalam tempoh di tetapkan, perintah pembubaran sementara akan menjadi mutlak.



-- BERNAMA .

2 Comments