Rayuan kes palsu dokumen UMS, Datuk Peter Anthony bekas Menteri Warisan bakal ke penjara 3 tahun khamis ini?
22:01 Jan 07, 2025  |  By SabahKini2
Rayuan kes palsu dokumen UMS, Datuk Peter Anthony bekas Menteri Warisan bakal ke penjara 3 tahun khamis ini?

Khamis ini rayuan terakhir Peter Anthony bekas Menteri Warisan kesayangan Shafie Apdal. Kes pemalsuan dokumen UMS akan menghantar Peter ke penjara 3 tahun. Apakah Parti KDM akan berkubur?

Khamis ini adalah penentu karier politik Datuk Peter Anthony Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik (KDM) dulu Menteri kanan kesayangan Shafie Apdal. Parti KDM hanya bergantung kepada Datuk Peter. Jika Peter terlepas nyawa parti KDM akan bersambung. Jika tidak pasti Peter dan partinya akan berkubur.

Ini merupakan rayuan terakhir kes rasuah Datuk Peter Anthony. Rayuan Peter sebelum ini telah ditolak. Mahkamah Rayuan sebelum ini juga menangguhkan keputusan rayuan bekas menteri Warisan ini.

Nampaknya tidak mudah Datuk Peter Anthony mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada 26 Mei 2022. Adun Melalap itu setakat ini telah membayar denda namun penjara tetap menanti.

Peter, merupakan pemilik dan pengarah urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd, didakwa memalsukan surat Pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 dengan memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014 mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.

Peter pada november 2022 PRN Sabah didapati tidak layak bertanding dalam pilihanraya kerana kesnya ketika itu sedang berjalan.

Ketika Langkah Kinabalu Peter berpaling tadah dan menyokong Bung dan Shafie Apdal untuk menjatuhkan Datuk Seri Haji Hajiji Ketua Menteri Sabah. Tindakannya menyebabkan beliau dilihat sebagai parti pengkhianat.

Peter sangat terdesak untuk melepaskan dari kes mahkamah dan pelbagai siri rayuan dibuat untuk menolak pertuduhannya.  Peter perlu memenangi rayuannya kerana perlu menyertai Pilihanraya Negeri DUN ke 17 tahun depan.

 

4 Comments