Peter terselamat lagi. Kes palsu dokumen UMS yang sabit bersalah ke penjara sepatutnya diputuskan hari ni (8 Januari) namun ditangguh 7 Februari. Mampukah Peter menyelamatkan diri?
Datuk Peter Anthony terselamat lagi! Keputusan rayuan akhir bekas Menteri Warisan kerana didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dijadualkan esok, ditangguh ke 7 Februari ini.
Peguam Datuk Nicholas Kow Eng Chuan yang mewakili Peter, 53, memaklumkan media tarikh baharu ditetapkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Putrajaya menerusi surat bertarikh 7 Januari lepas.
"Dalam surat menyatakan prosiding esok dilapangkan dan keputusan rayuan ditangguhkan ke 7 Februari," kata peguam itu.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin turut mengesahkan perkara berkenaan.
Jika tidak pastinya Datuk Peter Anthony sepertimana Najib kalah rayuan terus jatuh hukuman penjara 3 tahun pada Tarikh yang sama.
Sebelum ini, Mahkamah Rayuan menetapkan 27 November tahun lepas untuk keputusan, namun ia ditangguhkan 8 Januari 2025.
Pada 19 April 2023, Peter memfailkan rayuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 atau penjara 15 bulan, yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen di sini pada 26 Mei 2022.
Bagaimanapun, ADUN Melalap itu telah membayar denda.
Sebelum ini, Peter gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi pada 18 April 2023 dan ini adalah rayuan terakhir Peter di Mahkamah Rayuan.
Peter sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd, dituduh memalsukan surat Pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014, iaitu memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan bagi tujuan menipu.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun hingga 21 Ogos 2014, mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.
Menurut sumber Datuk Peter hampir pasti disabitkan kekal bersalah sekiranya keputusan dibuat hari ini. Karier Peter dan Parti Kesejahteraan Demoktarik (KDM) pasti berkubur jika Peter dipenjarakan.
ARTIKEL BERKAITAN- Rayuan kes palsu dokumen UMS, Datuk Peter Anthony bekas Menteri Warisan bakal ke penjara 3 tahun khamis ini?
Peter sebelum ini mengkhianati Kerajaan GRS selepas percubaannya terlibat dalam penggulingan kerajaan ‘Langkah Kinabalu’