Hotel di pusat peranginan ski popular Turkiye terbakar, 10 mau dan 32 cedera
18:01 Jan 21, 2025  |  By SabahKini2
Hotel di pusat peranginan ski popular Turkiye terbakar, 10 mau dan 32 cedera

Menteri Dalam Negeri Turkiye, Ali Yerlikaya, dalam satu hantaran melalui X berkata kebakaran di hotel setinggi 12 tingkat itu dilaporkan tercetus sekitar jam 3.27 pagi.

ISTANBUL: Sekurang-kurang 10 maut dan 32 lagi cedera dalam insiden kebakaran sebuah hotel di pusat peranginan ski popular di Kartalkaya, dekat barat laut Turkiye, hari ini.

Resort itu terletak di atas banjaran gunung, kira-kira 170 kilometer (km) dari barat laut ibu kota, Ankara.

Menteri Dalam Negeri Turkiye, Ali Yerlikaya, dalam satu hantaran melalui X berkata kebakaran di hotel setinggi 12 tingkat itu dilaporkan tercetus sekitar jam 3.27 pagi.

Penyiar swasta, NTV, melaporkan tiga mangsa maut selepas terjun dari tingkap hotel itu.

Kebakaran dipercayai bermula di sebuah restoran sebelum api merebak dengan cepat. Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Media tempatan melaporkan seramai 237 orang menginap di hotel itu ketika kejadian yang berlaku pada musim cuti sekolah.

Mereka yang dipindahkan susulan insiden berkenaan dilapor sudah ditempatkan semula di hotel berdekatan.

Menteri Kehakiman, Yilmaz Tunc, berkata enam pendakwa raya telah diarahkan menyiasat insiden kebakaran itu.

Comment