Pengarah baharu AADK Sabah beri kunjungan hormat kepada Hajiji
19:01 Jan 28, 2025  |  By SabahKini2
Pengarah baharu AADK Sabah beri kunjungan hormat kepada Hajiji

Elmariah, yang berasal dari Kitabu, Kudat, menerajui agensi itu pada awal bulan Januari 2025. Beliau sebelum ini adalah Pengarah AADK di Pulau Pinang.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah, Elmariah Chung dan rombongannya di Sri Gaya, di sini, semalam.

Elmariah, yang berasal dari Kitabu, Kudat, menerajui agensi itu pada awal bulan Januari 2025. Beliau sebelum ini adalah Pengarah AADK di Pulau Pinang.

Dalam kunjungan hormat itu, turut dikongsikan isu-isu semasa ancaman dadah dan strategi AADK negeri dalam menangani permasalahan dadah di Sabah dengan lebih berkesan.

Turut hadir, Penolong Pengarah (Pencegahan), Dayang Siti Rohani Sedan serta Penolong Pengarah Pengurusan dan Keselamatan PUSPEN Papar, Mohd Noor Fahmi Tajudin.

Comment