Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman berkata, pembubaran tersebut dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
“Setelah kita mencurahkan khidmat bakti dan mengabdikan diri kepada perjuangan membela nasib rakyat dan memajukan negeri Sabah yang tercinta ini, kini tiba masanya untuk kita menyerahkan kembali mandat kepada rakyat yang dikasihi.
“Semoga rakyat terus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) menerusi mandat yang besar dalam pilihanraya umum ini demi menjamin kesinambungan pembangunan dan menjayakan halatuju negeri untuk kesejahteraan kita serta masa depan yang lebih cerah kepada generasi akan datang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.