SIRI 1: "AIR MATA SAYA MENGALIR MELIHAT RAKYAT MISKIN TETAPI PEMIMPIN KAYA"- SHAFIE APDAL
KOTA KINABALU: Shafie Apdal menegaskan bahawa kekayaan Sabah harus dinikmati seluruh rakyat Sabah dan bukan untuk memastikan pemimpinnya kaya-raya.
Dengan itu, satu daripada perkara utama yang Parti Warisan Sabah akan lakukan bila ia memerintah, adalah merombak Yayasan Sabah dan memastikan ia kembali kepada objektif terasnya.
Ketika menyampaikan perutusan presiden pada kongres tahunan Parti Warisan Sabah Isnin, 2 April, Shafie berkata beliau merasa serba salah apabila mendapati masih ada rakyat yang tidak cukup makan namun Sabah kaya dengan hasil sumber asli.
Apa Shafie Apdal lupa pada tahun 1994, proposalnya untuk kelulusan Ketua Menteri Sabah ketika itu menubuhkan syarikat pelaburan atau 'investment arm' kepada Yayasan Sabah dan memindahkannya kepada proksi dari Sarawak bernama Datuk Ambrose Lee, pemilik syarikat NBT, sebuah listed company. Syarikat yang dicadangkan untuk mengambil alih aset Yayasan Sabah itu ialah syarikat Azam Takzim.
Jika tidak dihalang sudah lama Yayasan Sabah jadi milik orang lain. Shafie Apdal mungkin lupa dia hampir menjual aset Sabah itu.
Apabila Shafie Apdal berkata dia menangis mengenangkan orang miskin, tidakkah anda merasa geli dan rasa termuntah kerana Shafie Apdal juga kaya-raya sehingga merompak dana rakyat KKLW.
RM14 Bilion dalam Rancangan Malaysia ke 9 dan 10 (RMK) Shafie belanjakan di Sabah untuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) apa dia buat? Kayakan dirinya, adik-beradik dan kroninya. Projek bina tapi manfaat rakyat gagal.
Kita imbas pendedahan Sabahkini2 melalui artikel bertarikh 5 Disember 2017 mengenai kekayaan Shafie Apdal. Banglo Mewah Hartamas Heights RM13 Juta miliknya
21 Oktober lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah rumah Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang terletak di Taman Golf View dekat Penampang berhubung siasatan kes penyelewengan dana KKLW RM 1.5 bilion.
Shafie Apdal direman 8 hari. Naib Presiden Parti Warisan Peter Anthony dan Azis Jamman Ketua Wira Warisan turut direman SPRM. Paling penting ditahan SPRM ialah dua adik beradik Shafie Apdal yang didapati mengawal 23 syarikat serta menerima dana rasuah untuk Shafie Apdal.
Menurut sumber Shafie Apdal memang kaya-raya, memiliki beberapa rumah iaitu;
1. Banglo Taman Golf View, Penampang Kota Kinabalu
2. Banglo 3 tingkat di Hartamas Heights
3. Rumah 2 tingkat di Subang Jaya
4. Banglo Shafie Apdal di London
Gaji Shafie Apdal tahap mana boleh beli Rumah Banglo mewah 3 tingkat Shafie Apdal di Hartamas Heights. N0.28A Jalan Changkat Hartamas 2, Hartamas Heights 50480 Kuala Lumpur?
Rumah No 28A, Jalan Changkat Hartamas 2 asalnya dibeli dari Lot tanah untuk banglo sekitar 11,000 kaki persegi. Harga lot tanah banglo di kawasan Hartamas Heights ialah RM444 satu kaki persegi hingga RM600 satu kaki persegi. Jika 11,000 psf mengambil kira harga RM444 psf untuk 11,000psf Shafie membelanjakan kira-kira RM4.8 juta untuk lot tanah banglo sahaja. Jika RM600 bermakna RM6.6 juta. Baru lot tanah! Kaya tak?
Shafie kemudiannya membina Rumah Banglo 3 tingkat di tanah yang dibelinya dengan keluasan 10,000psf. Jika 6 atau 7 bilik pun mengambil kira RM841 hingga RM1600 psf harga rumah Shafie Apdal sekarang sudah mencecah RM8.4 juta hingga RM16 juta. Katalah kita mengambil harga RM1300 psf X10,000 psf maka harga rumah Shafie Apdal sekarang RM 13 JUTA!. Ini belum mengambil kos interior design dan lain-lain. Kita lihat sama-sama rumah Shafie Apdal berharga RM13 juta ini. Jika RM844psf pun rumah Shafie Apdal masih bernilai RM8.4 juta.
Apa kamu percaya Shafie Apdal berkata “AIR MATA SAYA MENGALIR MELIHAT RAKYAT MISKIN?”. Apa dia lakukan pada peruntukan KKLW untuk Projek Jalan Luar Bandar (JALB), bekalan air luar bandar (BALB), bekalan elektrik luar bandar (BELB), projek jalan kampug (PJK), Risda, Felcra? Tidak hairan projek Parlimen seperti paip (BALB), jalan (JALB) dan elektrik (BELB) siap berjuta untuk kroni tetapi tidak memberi manfaat kepada rakyat.
RM 1.5 bilion Shafie seleweng kamu kata itu bukan rasuah? Jadi bukalah mata rakyat Sabah.Jika Shafie Apdal berkuasa lebih banyak dia akan lakukan rompakan bukan setakat RM1.5 bilion.