Monopoli melampau! SPRM perlu dedah bagaimana Jontih beri kelulusan PALSU kepada 13 syarikat milik Kartel Albert Tei
16:02 Feb 13, 2025  |  By SabahKini2
Monopoli melampau! SPRM perlu dedah bagaimana Jontih beri kelulusan PALSU kepada 13 syarikat milik Kartel Albert Tei

Bukankah tidak masuk akal seorang individu bernama Dato' Albert Tei mahu 13 lesen mineral serentak? 13 syarikat 3 pengerusi utama yang jadi dalang. Tapi mengapa SPRM tak dedah salahlaku Jontih dan Albert Tei ini?

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki berkata kekurangan maklumat menjadi cabaran terbesar dalam menyiasat dakwaan skandal rasuah Sabah.

Bagaimanapun, dia menegaskan tiada campur tangan politik dalam kes ini berkata SPRM memerlukan saksi yang sesuai bagi memastikan dakwaan itu kukuh.

“Dalam kes ini, whistleblower berkenaan masih tidak mahu kongsi video berkaitan, jadi maklumat kita ada itu terlalu sedikit dan sukarkan siasatan kami,” katanya.

Azam menekankan kekurangan maklumat ini menyukarkan SPRM untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh.

“Pada saya tidak adil salahkan Kerajaan Negeri Sabah atas ketidakpatuhan undang-undang atau mungkin isu tadbir urus, kerana ini tiada campur tangan mana-mana pihak.

"Kalau ada, sudah tentu orang awam tidak tahu perkembangan kes ini,” katanya

Mengulas dakwaan tawaran kepada pendedah maklumat menyelesaikan isu itu, Azam memberi jaminan siasatan akan diselesaikan secepat mungkin.

Tegasnya SPRM perlu mempunyai bilangan saksi yang mencukupi bagi membina kes yang kukuh.

“Namun demikian apabila timbul isu baru yang telah dilaporkan sebuah portal, maka saya telah arahkan pegawai penyiasat teruskan siasatan dengan panggil saksi yang berpatutan, saksi yang sesuai untuk memperjelas isu dilaporkan portal berkenaan,” katanya.

Sejak November, lebih lapan video serta pelbagai tangkap layar mesej WhatsApp yang berkaitan dengan kes ini telah tular di media sosial.

Semua video adalah bagi tujuan ugutan kerana membatalkan 13 lesen mineral syarikat yang diluluskan Jontih ketika sebagai CEO SMM. 

SPRM PERLU TANGKAP JONTIH DAN ALBERT TEI

Apa yang SPRM siasat hanya dakwaan Albert Tei dan Jontih menuduh Adun dan menteri. Namun bagaimana dakwaan salah laku Jontih menjadi talibarut Dato' Albert Tei untuk menggunakan 25 syarikat cuba monopoli lesen mineral di Sabah.

Apa yang SPRM perlu pening? Naratif siasatan tidak sepatutnya mengikut naratif Malaysiakini. Dakwaan SMM sangat jelas Jontiih kuda Albert Tei secara curang luluskan lesen PL PALSU. 

SPRM sepatutnya mendedahkan butiran 3 pengerusi syarikat Tan Sri Mohamad Puzi Harun (CLA Holdings/ Nova Asia), Datuk Awang Sahari (Alnar Abadi/ Pro Raptor)dan Dato' Rahman Zakaria  (Lagenda Ringgit). Mengapa 3 Pengerusi ini senang tidur? sedangkan mereka dalang yang membawa pertemuan kepada Adun dan Menteri. Mereka yang pujuk adun. Tiada siapa yang mahu bertemu Albert Tei tanpa pengerusi-pengerusi syarikat bekas penjawat awam apatah lagi bekas Ketua Polis Negara seperti Tan Sri Mohamad Puzi. 

ARTIKEL BERKAITAN- Fail Sulit Kartel Albert Tei terbongkar bersekongkol dengan Jontih, 3 pengerusi syarikat cuba bolot 13 lesen mineral di Sabah

 

 

Setakat ini 13 syarikat atas nama Albert Tei, rakan kongsinya dan juga bersama 3 pengerusi syarikat telah dibatalkan SMM selepas dakwaan Jontih mengeluarkan SST PALSU dan mengubah mint mesyuarat demi Albert Tei.

Apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini hanyalah berat sebelah iaitu video yang disunting oleh Kartel Albert Tei. Mengapa Albert Tei tidak memberi video itu kepada SPRM? kerana tahu video itu telah dipotong-potong untuk kepentingan Albert Tei.

Merujuk kepada fail sulit peribadi Albert Tei ternyata beliau mempunyai 50 syarikat dan kebanyakkan dipengerusikan oleh bekas-bekas polis pencen. Beliau juga direkodkan bukan seorang pembayar cukai yang baik kepada LHDN.

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) juga wajar menyiasat Kartel Albert Tei kerana jika 13 atau 25 syarikat yang memohon lesen mineral ini adalah satu langkah monopoli yang melampau.

Tindakan Ketua Menteri Hajiji membatalkan apa yang semua diluluskan secara salah oleh Jontih Enggihon adalah langkah tepat. Sangat tidak masuk akal seorang indivodu bernama Albert Tei mempunyai 13 lesen mineral dihampir 1 juta ekar tanah. Apa sebenarnya Jontih Enggihon lakukan?

 

1 Comment