Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru sahaja selesai merakam keterangan lima saksi termasuk seorang ahli politik dari Sabah berhubung siasatan dakwaan skandal rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu. Siapa saksi tu? tidak bukan para pengerusi syarikat yang berpura-pura dengan isu monopoli lesen PL.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata lima individu itu dipanggil susulan isu baharu mengenai siasatan berkenaan yang ditimbulkan oleh Malaysiakini dan SPRM Sabah sedang meneliti rakaman keterangan itu.
Azam berkata siasatan dakwaan skandal rasuah itu dibuat berdasarkan video dikeluarkan Malaysiakini serta di media sosial.
VIDEO TAK BOLEH PAKAI
Menurutnya, sehingga ke hari ini Kartel Dato’ Albert Tei yang merakam video tidak pernah memberikan maklumat dan bukti - bukti dengan SPRM.
"Video ini telah kita kemukakan kepada bahagian forensik SPRM.
"Laporannya baru-baru ini menunjukkan lapan video di dalam portal itu (Malaysiakini) adalah video yang tidak boleh diguna pakai kerana berlaku editing serta ia juga tidak boleh digunakan dalam penyiasatan dan juga mahkamah kerana tidak ada kredibiliti," katanya.
Laporan Malaysiakini hanya mengambil potongan video yang diedit mencipta persepsi berbanding bukti rasuah yang sebenar. Mengapa Kartel Albert Tei tidak memberikan video sebenar? Kerana Albert Tei bimbang kantoi video hanya dipotong mengambil perkara yang menguntungkan Albert Tei.
Hakikatnya Albert Tei hanya mahu menutup kesalahan sebenar mereka sebagai kartel yang dibantu Jontih Enggihon bekas CEO SMM yang kenyang rasuah untuk meluluskan lesen PL Palsu kepada syarikat Albert Tei.
Mengapa tak dedah 13 syarikat milik Albert Tei?
Apa yang tidak dibangkitkan Malaysiakini ialah bagaimana Kartel Albert Tei dibantu Jontih Enggihon cuba monopoli Lesen Mineral menggunakan 13 syarikat bersama pengerusi syarikat Tan Sri Mohamad Puzi bekas Ketua Polis Negara, Datuk Awang Sahari Em Nadzeer bekas Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah dan Dato’ Rahman Zakaria bekas Pengarah JPJ Sabah.
ARTIKEL BERKAITAN- Fail Sulit Kartel Albert Tei terbongkar bersekongkol dengan Jontih, 3 pengerusi syarikat cuba bolot 13 lesen mineral di Sabah
ARTIKEL BERKAITAN- Monopoli melampau! SPRM perlu dedah bagaimana Jontih beri kelulusan PALSU kepada 13 syarikat milik Kartel Albert Tei
Rakyat percaya SPRM telah memanggil pengerusi syarikat Kartel Albert Tei melibatkan Tan Sri Mohamad Puzi, Datuk Awang Sahari, Dato' Rahman Zakaria dan beberapa lagi yang dikaitkan dengan 50 syarikat Albert Tei dalam laporan sebelum ini.
Menurut sumber Tan Sri Mohamad Puzi, Datuk Awang Sahari, Dato' Rahman Zakaria dan beberapa lagi didedahkan sebagai Pengerusi syarikat resah dengan keadaan sekarang. Rakyat yang tidak tahu penglibatan mereka sebelum kini membuka mata bagaimana bekas penjawat awam kanan boleh masuk dalam jerat Kartel Albert Tei.
Individu paling terkesan ialah Datuk Awang Sahari Pengerusi Alnar Abadi Sdn Bhd dan Pro Raptor Sdn Bhd sendiri mengaku tidak dapat mengawal Albert Tei. Berapa sebenarnya wang yang telah diambil oleh Datuk Awang Sahari daripada Albert Tei? Rakyat tidak akan tahu dana yang diambil oleh Datuk Awang Sahari jika tidak didedahkan. Hanya kerana dia bekas Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah maka beliau perlu diselamatkan? Wal hal beliaulah dalang kerosakan apa yang berlaku sekarang.
Akan datang Sabahkini2 akan dedahkan surat kelulusan palsu Lagenda Ringgit, Alnar Abadi dan beberapa lagi untuk melihat tatapan apa yang dilakukan oleh Kartel Albert Tei orang Malaya untuk cuba membolot mineral Sabah.