58 individu ditahan, RM65 juta e-waste dirampas dalam Op Hazard
19:02 Feb 18, 2025  |  By SabahKini2
58 individu ditahan, RM65 juta e-waste dirampas dalam Op Hazard

Komander PGA Sabah, Datuk Abdul Rani Alias, berkata sepanjang operasi 12 premis di seluruh negeri yang disyaki melakukan kesalahan berkenaan diperiksa.

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah menahan 58 individu dan merampas pelbagai bahan buangan sisa elektronik (e-waste) berjadual bernilai RM65 juta melalui Op Hazard Sabtu lalu.

Operasi dijalankan serentak seluruh negara dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mengesan aktiviti melanggar syarat sah permit.

Komander PGA Sabah, Datuk Abdul Rani Alias, berkata sepanjang operasi 12 premis di seluruh negeri yang disyaki melakukan kesalahan berkenaan diperiksa.

Hasilnya, dua premis dikesan beroperasi tanpa permit, manakala selebihnya melanggar syarat ditetapkan dalam permit JAS Sabah.

"Semua premis diperiksa selepas disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

"Keseluruhan tangkapan membabitkan 58 individu meliputi 37 lelaki dan tujuh wanita tempoatan, selain 11 warga Indonesia dan tiga Filipina.

"Nilai anggaran bahan buangan sisa berjadual elektronik dirampas RM65.1 juta," katanya melalui kenyataan hari ini.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 16(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Comment