PPM Sabah rampas rokok seludup bernilai lebih RM200,000
21:03 Mar 13, 2025  |  By SabahKini2
PPM Sabah rampas rokok seludup bernilai lebih RM200,000

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata rampasan berkenaan dilakukan pasukan Unit Risikan Marin (URM) yang menjalankan tugas rondaan di perairan daerah ini.

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya berjaya merampas rokok seludup dianggarkan bernilai lebih RM200,000 di perairan Laut Gelam-Gelam, Pulau Bum-Bum, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, turut ditahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam aktiviti menyeludup masuk rokok ke negara ini.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata rampasan berkenaan dilakukan pasukan Unit Risikan Marin (URM) yang menjalankan tugas rondaan di perairan daerah ini.

Katanya, sebelum itu pasukan URM mengesan sebuah bot laju sarat dengan muatan dalam keadaan mencurigakan di perairan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot laju itu menemui beberapa kotak yang mengandungi sejumlah rokok yang dipercayai dibawa masuk dari negara jiran.

“Sejumlah 62,000 batang rokok tidak bercukai pelbagai jenama beserta peralatan berkaitan yang dianggarkan bernilai RM275,250 dirampas,” katanya dalam kenyataan media, di sini. Semalam.  

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967 dan semua rampasan serta tangkapan dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan terus komited dalam membanteras aktiviti penyeludupan di perairan negara.

Comment