Mangsa banjir di sabah hanya 1,258 di dua daerah
22:03 Mar 13, 2025  |  By SabahKini2
Mangsa banjir di sabah hanya 1,258 di dua daerah

Berdasarkan kenyataan, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, pengurangan mangsa banjir selepas pengisytiharan penamatan bencana di Membakut.

KOTA KINABALU: Mangsa banjir semakin berkurang kepada 1,258 di dua daerah yang terjejas masing-masing Beaufort dan Tenom.

Berdasarkan kenyataan, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, pengurangan mangsa banjir selepas pengisytiharan penamatan bencana di Membakut.

Katanya, lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di Membakut yang menempatkan 809 mangsa daripada 302 keluarga ditutup sepenuhnya jam 3 petang Khamis dan kesemua mangsa dihantar pulang ke rumah masing-masing.

“Setakat ini hanya 792 mangsa daripada 285 keluarga ditempatkan di lapan PPS di Beaufort berikutan 10 buah kampung masih terjejas.

“Baki 466 mangsa yang lain pula masih ditempatkan di enam PPS di Tenom,” katanya.

Dalam pada itu, Tabung Haji menyumbangkan sebanyak 1,000 kotak Ready-to-Eat Food (RTEF) kepada mangsa-mangsa banjir di Sabah. 

Sumbangan ini diuruskan secara kolaborasi dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk penghantaran dan pengedaran di kawasan-kawasan yang terkesan dengan banjir. 

Pengarah TH Negeri Sabah, Yusdi Nasip turut hadir dalam simbolik serahan di Pangkalan Udara Kota Kinabalu.  

Hadir sama Penolong Pengarah APM Sabah Lt. Kol (PA) Imran Azemi 

Comment