MyCC Denda Mangkubumi RM93 Juta: Apa tindakan SPRM terhadap Projek Tebatan Banjir libatkan bekas Menteri PAS?
23:04 Apr 05, 2025  |  By SabahKini2
MyCC Denda Mangkubumi RM93 Juta: Apa tindakan SPRM terhadap Projek Tebatan Banjir  libatkan bekas Menteri PAS?

Jika MyCC boleh bertindak mendenda kartel Mangkubumi RM93 Juta. Mengapa pula SPRM yang buka siasatan lebih awal sejak 2022 terhadap Projek tebatan banjir melibatkan bekas Menteri PAS dan Mangkubumi tak boleh buat apa?

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) pada 28 Februari lalu menjatuhkan hukuman denda hampir RM93 juta ke atas lapan syarikat dikuasai Tan Sri Ir Zainudin Karjan pemilik syarikat Mangkubumi Sdn Bhd atas dakwaan terlibat dalam penipuan bida tender Projek Central Spine Road (CSR).

Namun, ini bukan pertama kali Mangkubumi dikaitkan dengan kontroversi tender kerajaan. Pada disember 2022 Tan Sri Ir Zainudin Karjan Mangkubumi  turut terpalit dengan skandal mengenai projek tebatan banjir bernilai RM 500 juta hingga RM2 bilion. 3 Projek Mangkubumi yang diluluskan sebelum PRU itu ialah;

  1. SURAT SETUJU TERIMA- Projek Menaiktaraf Kolam Tebatan Banjir Krubong- Durian Tunggal sebagai Kolam Dwi-Fungsi untuk Tebatan Banjir dan Sumber Air Negeri Melaka (Secara Reka Bina) kos RM529,458,714.06 (RM529.4 juta) Rujukan Bil. (54) dlm PPS (S) 7/2021 bertarikh 30/8/22 kepada Syarikat MANGKUBUMI SDN BHD (MSB) (Tender Terpilih- seperti Rundingan Terus)

 

  1. Surat kelulusan MOF, Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2 Selangor kos RM2 bilion bertarikh 7 Oktober 2022. (Rujukan MOF.BPK (S)600-15/59/206 (4) kepada Syarikat MANGKUBUMI SDN BHD (MSB)

 

  1. Surat kelulusan MOF, Projek Naik Taraf loji Sedia Ada dan Kerja Rasionalisasi bagi Kawasan Tadahan Pembetungan Klang Selatan (Reka dan Bina) (Rundingan Terus) kos RM RM285 juta bertarikh 27 Oktober 2022. (Rujukan MOF .BPK (S) 600-15//59/45JLD.2 (3) kepada Syarikat MANGKUBUMI SDN BHD (MSB).

 

ARTIKEL BERKAITAN-  Bukti Tuan Ibrahim Menteri PAS tandatangan SST Projek Tebatan Banjir!Berapa Mangkubumi bayar rasuah SST RM529.4 juta?

 

Semua dokumen berkaitan seperti SST mengesahkan penglibatan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bekas Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) sebelum dan selepas PRU-15 terlibat meluluskan projek itu.

Semua projek ini disusun sama ada secara rundingan terus atau Pra kelayakan tender terpilih yang disusun kepada beberapa syarkat yang diketuai Mangkubumi Sdn Bhd.

Syarikat seperti Dutamesra Bina Sdn Bhd, IDX Multi Resources Sdn Bhd, Menang Idaman Sdn Bhd, Meranti Budiman Sdn Bhd, Pintas Utama Sdn Bhd, NYL Corporation Sdn Bhd, dan Kiara Kilat Sdn Bhd inilah antara yang terlibat dengan kerja-kerja Mangkubumi Sdn Bhd.

 

Denda MyCC dan Siasatan SPRM

Siasatan oleh MyCC mendapati bahawa Mangkubumi Sdn Bhd memainkan peranan utama dalam kartel penipuan bida tersebut, yang turut melibatkan Pintas Utama Sdn Bhd  dan 7 syarikat lain.  Proses penipuan melibatkan pertukaran maklumat melalui e-mel dan mesyuarat rahsia antara syarikat terlibat. MyCC mengenakan denda berjumlah RM93 juta

Ini menunjukkan ketegasan MyCC bertindak cepat berbanding Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) SPRM yang memulakan siasatan tahun 2022 mengenai projek tebatan banjir melibatkan Mangkubumi dan Menteri Alam Sekitar dan Air ketika itu, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dakwaan rasuah projek bernilai RM529.4 juta yang ditandatangani oleh Tuan Ibrahim turut bermain di media sosia ketika itu. Namun apa jadi? Siasatan itu nampaknya dah jadi tukun tiruan. Tan Sri Azam Baki pun dah masuk kali ketiga nak disambung KP SPRM.

Mengapa tertangguh?

Walaupun MyCC menunjukkan keberanian dalam membongkar dan mendenda penipuan bidaan melibatkan Mangkubumi, persoalan besar masih kekal, mengapa SPRM belum lagi mengambil tindakan dakwaan terhadap Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan rasuah pihak terlibat dengan Mangkubumi Sdn Bhd.

Ini termasuk dakwaan penglibatan politik dalam memperolehi projek ini melalui hubungan rapat Mangkubumi dengan tokoh-tokoh politik seperti Tan Sri Noh Omar yang mendapat keuntungan daripada Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2 Selangor kos RM2 bilion.

Selepas pendakwaan dan denda MyCC apakah SPRM akan meneruskan siasatan atau adakah kes ini akan terhenti begitu sahaja?

Mangkubumi dan Kontroversi Berterusan

Mangkubumi, yang dimiliki oleh Tan Sri Ir Zainudin Karjan pastinya akan terus menjadi tumpuan kerana penglibatannya dalam pelbagai projek kerajaan terutama projek tebatan banjir dan jalan raya melibatkan Kementerian Kerja Raya. Sebut saja nama Mangkubumi di JKR semua tahu dan tunduk kerana menerima rasuah Mangkubumi.

Denda RM93 juta adalah kecil buat kartel tender seperti Tan Sri Ir Zainudin Karjan Mangkubumi. 

Untuk SPRM  Mangkubumi sangat kebal. Siapa di belakang melindunginya?

 

Comment