Pelabur sangat dialu-alukan ke Sabah, termasuk ke AS – Hajiji
18:04 Apr 15, 2025  |  By SabahKini2
Pelabur sangat dialu-alukan ke Sabah, termasuk ke AS – Hajiji

Beliau memetik ConocoPhillips, sebuah syarikat minyak dan gas Amerika Syarikat, yang berjaya dengan pelaburannya di Malaysia dan Sabah.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengalu- alukan lebih ramai pelabur ke Sabah termasuk dari Amerika Syarikat untuk melabur dalam perdagangan, pendidikan dan kebudayaan.

Beliau memetik ConocoPhillips, sebuah syarikat minyak dan gas Amerika Syarikat, yang berjaya dengan pelaburannya di Malaysia dan Sabah. 

"Sabah akan terus memudah cara persekitaran yang kondusif dan mesra pelabur untuk menarik lebih banyak pelaburan ke negeri ini,” katanya ketika bertemu dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard D. Kagan di Bangunan Dewan UndanganNegeri (DUN) di sini hari ini.

Semasa kunjungan hormat itu, Edgard turut memaklumkan Hajiji mengenai cadangan kerjasama antara Zoo Oregon dan Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk pertukaran pengetahuan dan pembinaan kapasiti.

Comment