Kerajaan negeri Sabah telah mengumumkan mengambil alih Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) sepenuhnya menjelang tahun 2030. Pada masa ini, kerajaan negeri memiliki 17% pegangan dalam SESB, manakala baki 83% dimiliki oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Perancangan pengambilalihan ini bertujuan untuk memberi kawalan penuh terhadap bekalan tenaga di negeri Sabah. Namun, SESB merupakan syarikat yang kini menghadapi masalah kewangan, dengan hutang sekitar RM2 bilion. Oleh itu, cadangan pengambilalihan ini memerlukan perbincangan lanjut dengan TNB bagi memastikan penyelesaian yang terbaik untuk kedua-dua pihak. Banyaknya IPP di Sabah dengan kos bayaran yang tinggi menjadi perhatian besar, terutamanya dengan kenaikan harga elektrik yang membebankan pengguna dan kerajaan negeri.
SESB sering dikritik kerana gagal melaksanakan projek bekalan tenaga yang efisien di Sabah. Masalah ini termasuk keciciran dalam penyelenggaraan sistem dan pengurusan yang tidak cekap, yang menyebabkan masalah catuan bekalan elektrik yang berterusan di beberapa kawasan di Sabah. Keadaan ini menimbulkan kekhuatiran terhadap keberkesanan SESB dalam menjamin kestabilan bekalan elektrik di Sabah
Penubuhan Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS)
Sebagai langkah penyelesaian awal sebelum pengambilalihan SESB, Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) telah ditubuhkan untuk mengawal selia, memantau, dan memastikan bekalan tenaga yang efisien, selamat, dan mampan di negeri Sabah. ECoS bertanggungjawab untuk menetapkan dasar-dasar tenaga, mengawal tarif elektrik, dan memastikan kerjasama yang lebih baik dengan pihak berkepentingan dalam industri tenaga di Sabah.
Atas alasan pengalaman maka Kerajaan Sabah melantik Datuk Ir. Abdul Nasser bin Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) pertama. Siapa Datuk Ir Abdul Nasser ini?
Tindakan Kontroversial Datuk Ir. Abdul Nasser
Namun apa Datuk Ir. Abdul Nasser bin Abdul Wahid buat selaku EcoS? Apakah dengan pelantikan beliau dapat memperbaiki pengurusan tenaga dan kestabilan bekalan elektrik di seluruh negeri?
Nampaknya Datuk Ir. Abdul Nasser bin Abdul Wahid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ECoS sejak januari 2023 melakukan sesuatu ‘ikut kepala dia’. Beliau lebih mengejar projek dengan syarikat kontraktor membelakangkan kabinet negeri dan kerajaan.
Terdapat dakwaan beliau meminta rasuah kepada syarikat yang berjaya diluluskan, dalam perundingan atau mengarahkan syarikat melantik konsultan yang ada kaitan dengan keluarganya. Bukti? Kita akan dedahkan kemudian!
Datuk Ir. Abdul Nasser dilaporkan menggunakan alasan, Pelan Mitigasi catuan bekalan elektrik, Pelan Pembangunan Penjanaan Grid Sabah dan Majlis Tenaga Sabah (MTS) meluluskan projek dan konsesi tanpa kelulusan Kabinet Sabah. Beliau menyembunyikan fakta sebenar menipu Ketua Menteri Sabah dan ahli Majlis Tenaga Sabah.
Sebuah dokumen yang dilihat Sabahkini2 menunjukkan beliau memberi arahan kepada CEO SESB untuk melaksana beberapa perkara;
- Melanjutkan operasi set jana interim diesel 98 MW (dilanjut sehingga 31 Disember 2026) dan SLA Loji janakuasa Disel milik SESB 141 MW (sehingga 31 Disember 2027)
- Pemasangan Sistem Bateri Penyimpanan Tenaga (BESS) 100mW/400MW) – kontroversi kroni
- melanjutkan operasi IPP (Independent Power Producer) yang menggunakan Medium Fuel Oil (MFO) Disel, iaitu Serudong Power Sdn. Bhd. (22 MW) dan Libaran Power Sdn. Bhd. (30 MW- dinaikkan 45 MW- rujuk ringkasan di bawah), sehingga 2027.
Langkah ini diambil dengan alasan bahawa ia adalah sebahagian daripada pelan mitigasi untuk mengatasi masalah catuan bekalan elektrik di Sabah.
Penyambungan set jana interim diesel swasta dibayar dengan kos yang tinggi belum termasuk set jana diesel milik SESB.
Namun melanjutkan IPP Libaran dan Serudong wajar diperhalusi.
dan Paling tidak masuk akal ialah menyambung IPP Libaran yang sepatutnya telah ditamatkan Februari 2025.
Kapasiti 30 MW ke 45 MW
Keputusan untuk menyambung operasi IPP Libaran ini telah menimbulkan keraguan di kalangan pelbagai pihak, terutamanya kerana ia dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan rasmi dari kerajaan negeri. Beberapa pihak mendakwa bahawa Datuk Ir. Abdul Nasser telah membuat kelulusan secara sendiri tanpa merujuk kepada Kabinet Negeri Sabah sepatutnya terlibat dalam sebarang keputusan besar mengenai sektor tenaga negeri ini.
Sekalipun beberapa cadangan itu telah dibawa dalam Majlis Tenaga Sabah (MTS) namun tetap memerlukan kelulusan dan pengesahan Kabinet Negeri. Satu lagi IPP yang disambung ialah IPP Serudong!
Selain IPP Libaran mengapa sambung IPP Serudong Tawau?
SIAPA PEMILIK IPP LIBARAN?
IPP Libaran merupakan milik Stratavest Sdn. Bhd anak syarikat Eden Inc. Berhad syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Abd Rahim Mohamad besan Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8. IPP ini diluluskan oleh PM4 Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Januari 1997 dan memulakan operasi 5 Disember 1998 dengan kapasiti asal sebanyak 30 MW. Kali terakhir IPP ini disambung ketika Tan Sri Muhyiddin sebagai PMke 8.
Digerakkan oleh Group CEO Datin Fara Nadia Abd Rahim isteri Datuk Fakhri Yassin. Suaminya Fakhri pernah menjadi lembaga pengarah dalam Eden Inc. Berhd sebelum ini. Kini Fakhri Yassin merupakan Pengerusi Eksekutif Thriven Global Bhd dan pernah menjadi pemegang saham besar dalam Datasonic Group Bhd (Kini NexG Berhad).
Fakhri ketika dalam BOD EDEN
Keluarga Muhyiddin pemilik IPP Libaran
Sepatutnya sebelum Sabah mengambil alih SESB pengurangan IPP perlu dibuat sebelum Kerajaan Sabah menanggung kos lebih tinggi mengurus SESB.
MENGAPA BAYAR LEBIH KEPADA SYARIKAT MENTUA FAKHRI YASSIN?
IPP Stratavest Sdn. Bhd. menjual elektrik Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) pada kadar 0.95 sen per kWh, yang dianggap sebagai kadar tertinggi setakat ini. Kerajaan perlu membayar sebanyak RM85 juta setahun kepada Stratavest Sdn. Bhd untuk membekalkan elektrik tersebut. IPP Stratavest untuk RM48 juta setahun manakala kerajaan perlu membayar subsidi kepada IPP Stratavest sebanyak RM37 juta.
Keputusan untuk menghidupkan semula IPP Stratavest Sdn. Bhd. bukan sahaja menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan dan keadilan dalam pengurusan tenaga di Sabah, tetapi juga menyiratkan bahawa terdapat kronisme dalam sistem ini. Pembaharuan kontrak dengan Stratavest dilihat sebagai satu langkah untuk mengaut keuntungan luar biasa, sambil mengabaikan kepentingan rakyat dan kerajaan Sabah.
Keputusan untuk melanjutkan operasi loji kuasa ini sehingga 2027 dengan kadar penjanaan yang lebih mahal menggunakan MFO yang lebih tinggi kosnya, sudah tentu memberi kesan kepada rakyat Sabah. Walaupun alasan yang diberikan adalah untuk menangani masalah catuan bekalan elektrik, kos tinggi ini mungkin membebankan rakyat Sabah, yang kini terpaksa menanggung kos elektrik yang lebih tinggi akibat kenaikan kos pengeluaran tenaga oleh IPP.
Tambah membimbangkan, subsidi kerajaan yang diberikan untuk menampung kos tinggi ini mungkin berterusan meningkat, memberi beban kewangan kepada kerajaan negeri. Hal ini berisiko menjejaskan pembangunan sosial dan ekonomi negeri, memandangkan dana yang sepatutnya digunakan untuk projek-projek pembangunan lain terpaksa digunakan untuk menampung kos tenaga yang melambung.
MENGAPA DATUK IR. ABDUL NASSER BIN ABDUL WAHID MENYAMBUNG IPP LIBARAN?
Jawapannya wang!. Dakwaan beliau menerima rasuah dan 'mark up' projek bukan lagi rahsia. Berapa agaknya Datuk Ir Abdul Nasser menerima komisen daripada Stratavest Sdn Bhd?
Beliau ini juga mengarah CEO SESB jangan memandai membuat urusan sendiri tanpa berbincang dengan Single Buyer Sabah dan ECoS dalam apa jua projek termasuk harga kontrak. Pendek kata semua perkara mesti melalui CEO ECoS!.
Mungkin inilah sebabnya Datuk Ir Abdul Nasser menggunakan strategi memecahkan kerja-kerja ke saiz lebih kecil sesuai dengan kelulusannya. Selebihnya beliau akan menipu dalam Majlis Tenaga Sabah dan kerajaan negeri.
Kerajaan Sabah wajar menukar CEO ECoS Datuk Ir Abdul Nasser kerana bakal menjejaskan nama baik kerajaan. Semua projek perlu berdasarkan prinsip ketelusan dan kepentingan rakyat bukan kepentingan dirinya. Beliau sepatutnya memaklumkan kepada kabinet apa -apa saja kos yang bakal ditanggung kerajaan negeri bukan 'mark up' untuk keuntungan keluarga.
Ini belum lagi kos lain melibatkan set jana kuasa interim Diesel, Sistem Bateri Penyimpanan Tenaga (BESS), loji janakuasa gas asli, loji biojisim, Solar (LLS), Hidroelektrik dam bekalan daripada Sarawak Energy Bhd (SES). Sabahkini akan mendedahkan butiran lain mengenai sistem tenaga namun buat masa ini membongkar skandal IPP Libaran.
Begitu juga Loji janakuasa Tadau (solar), Janakuasa Telekosang 1 & 2, Oriole, Ulu Padas (Gamuda) dan banyak lagi yang memberi komisen kepada CEO ECoS Datuk Ir Abdul Nasser. Lebih banyak krisis maka lebih mudah beliau menipu Ketua Menteri dan Majlis Tenaga Sabah. Sabah bakal kekurangan lebih 800 MW dan ini pastinya bakal disusun oleh CEO ECoS yang rakus.
Oleh SPRM digesa menyiasat dakwaan salahguna kuasa dan rasuah CEO ECoS Datuk Ir Abdul Nasser.