Benarkah UMNO Sepanggar terkejut dengan peletakan jawatan 6 AJKnya? Memandangkan mereka sudah lama tidak hadir program parti maka tindakan 7 AJK itu sudah dijangka lebih awal.
SEPANGGAR: Sebagaimana laporan media benarkah Umno Sepanggar dikejutkan dengan pengumuman bahawa tujuh orang Ahli Jawatankuasa Bahagian itu melepaskan jawatan mereka yang berkuatkuasa dengan serta merta?
Diketuai oleh Azhar Matussin, mereka terdiri daripada Sahar Mantamin, Jamrin Wahid, Zaidi Atoh, Ladis Idris, Marino Ahmad dan Din Merin.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, mereka membuat keputusan untuk mengambil tindakan drastik atas beberapa faktor terutama tidak lagi yakin kepada Pemangku Ketua Bahagian Datuk Yakub Khan yang dikatakan mahu membawa Datuk Seri Rahman Dahlan sebagai Ahli Parlimen Sepanggar.
Semakan Sabahkini2 Azhar Matusin adalah anak bekas Pengerusi MUIS yang kini menyertai Parti Warisan. Jadi tidaklah menghairankan jika Azhar Matusin AJK bahagian bertindak melepaskan jawatan dan bakal menyertai Warisan seperti ayahnya. Sudah dijangka. Malah 6 AJK ini boleh dikatakan sudah tidak berminat awal sebagai AJK lagi.
Menurut Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sepanggar, Fadilah Haji Sarbi dalam facebooknya mendedahkan 7 orang yang meletak jawatan 6 orang AJK sudah tidak kelihatan bersama secara jelas dalam 2 mesyuarat perwakilan bahagian iaitu tahun 2016 dan 2017 lagi.
Encik Marino beralih arah setelah ditamatkan jawatan sebagai CDO Karambunai. Dalam rekod Encik Marino tidak pernah gagal datang bermesyuarat bahagian dan juga komited dalam tanggungjawab kepada mesyuarat jawatankuasa bahagian.
“Saya mengesahkan sepanjang pemangkuan Ketua Bahagian ini hampir 99% mesyuarat AJK tidak dihadiri 6 penama yang meletak jawatan itu kecuali Saudara Marino Ahmad”. katanya
Menurutnya lagi tidak pernah ada larangan atau arahan tidak membenarkan AJK menghadiri program. Sepatutnya semua masalah dibincang secara musyawarah.
Isu Datuk Seri Rahman Dahlan juga hanyalah satu alasan hakikatnya AJK Bahagian itu sudah tidak berminat dengan program parti.
“Saya melihat isu Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan ini cuma satu isu yang populis dipetik dan bersesuaian dengan PRU-14. Jika betul kenapa ketidak-sehaluan ini bertahan sehingga 3 tahun dan berakhir sabtu lalu? Dan ada di antara 7 yang meletak jawatan ini kenapa tidak meletakkan jawatan ketika parti Warisan dilancarkan?”.
“Sesungguhnya situasi saya membalas ini adalah sangat pahit bagi saya perlulah saya menjawab untuk menjelaskan sesuatu dari pihak kedua. Pendirian saya cukup jelas, bila kita berparti maka BERSATU-BERSETIA-BERKHIDMAT itu kena menjadi tunjang perjuangan.” Kata Fadilah dalam catatan facebooknya.
Desas-desus mengatakan Datuk Jumat Idris bakal menyertai parti Warisan. Walaubagaimanapun beberapa AJK Bahagian UMNO Sepanggar yakin Datuk Jumat kekal dalam BN dan akan diberi peluang ditempat lain jika tidak dipilih sebagai calon BN.