PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, telah menziarahi Sultan Hassanal Bolkiah yang kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (ijn) akibat keletihan.
Menerusi kenyataan media Pejabat Perdana Menteri, keadaan Sultan Hassanal dilaporkan stabil dan berada dalam keadaan baik.
"Sihat saya akan keluarkan kenyataan. Biar beliau (Sultan Brunei) rehat dahulu. Baginda kini dalam keadaan baik. Alhamdulillah cuma dia perlukan rehat," kata Anwar.
Anwar berkata demikian selepas Majlis Penutup Persidangan Juruaudit Asean 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, pada Rabu.
"Namun begitu, baginda masih memerlukan pemantauan oleh pasukan perubatan," tambahnya.
Ketika ini, Baginda ditemani oleh Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
Sehubungan itu, pihak perubatan telah menasihatkan agar Sultan Hassanal untuk tidak menerima sebarang pelawat buat masa ini, kecuali daripada keluarga DiRaja Brunei sahaja, demi memastikan proses pemulihan dapat berjalan dengan lancar.
Dalam pada itu, PM Anwar menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mendoakan semoga baginda tuanku agar dikurniakan kesemnbuhan segera.
Sultan Brunei, antara 10 pemimpin asean yang hadir ke kuala lumpur bagi sidang kemuncak asean ke-46 pada isnin dan selasa.
Baginda berangkat tiba di Malaysia di Pangkalan Udara Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Subang pada ahad kira-kira 4.30 petang.