Provokasi bakar karikatur PMX: Langgar syarat himpunan aman, mahasiswa UMS & dalang Warisan wajar disiasat
06:06 Jun 24, 2025  |  By SabahKini2
Provokasi bakar karikatur PMX: Langgar syarat himpunan aman, mahasiswa UMS & dalang Warisan wajar disiasat

Kelulusan demo teah diberi.. Selepas lulus langgar syarat himpunan. Semua ini ajaran pemimpin Warisan. Merekalah dalang demo. Mukmin Nantang yang kini dalam Warisan turut jadi pembakar demo

Perhimpunan yang pada awalnya dianjurkan atas nama perjuangan antirasuah berakhir dengan insiden membakar karikatur Perdana Menteri, sekali gus mencetuskan siasatan polis dan laporan rasmi daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Tindakan sekumpulan peserta perhimpunan “Gempur Rasuah Sabah 2.0” membakar karikatur Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengundang kecaman pelbagai pihak, termasuk pentadbiran universiti, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pemimpin kerajaan pusat.

UMS Ambil Tindakan, Tegas Tidak Terlibat

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, UMS menyatakan kekesalan terhadap tindakan yang dilakukan oleh segelintir pelajar dan menegaskan pihak universiti tidak pernah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam himpunan tersebut.

“UMS memandang serius perbuatan membakar karikatur Perdana Menteri. Ia adalah tindakan tidak beradab, tidak matang dan langsung tidak mencerminkan kewarasan intelek mahasiswa institusi pengajian tinggi,” kata kenyataan itu.

UMS turut mengesahkan telah membuat satu laporan polis dan menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak berkuasa.

Seramai 13 pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dikenal pasti terlibat dalam perhimpunan ‘Gempur Rasuah 2.0’ baru-baru ini berkemungkinan akan berdepan tindakan tatatertib termasuk penggantungan atau dibuang universiti mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 (AUKU).

Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Kasim Mansor berkata, dari jumlah itu hanya dua pelajar didapati terlibat secara langsung dalam tindakan membakar karikatur Perdana Menteri.

Menurutnya, tindakan itu satu perbuatan yang dikecam keras oleh pihak universiti.

Katanya, satu jawatankuasa tatatertib yang terdiri daripada ahli akademik yang dilantik akan dibentuk dalam masa terdekat bagi menyiasat perkara itu dan menentukan tindakan yang sesuai mengikut peruntukan AUKU.

Jawatankuasa tersebut akan memanggil setiap pelajar secara individu untuk memberikan penjelasan berkenaan insiden yang berlaku semasa perhimpunan pada Ahad lalu.

 

Polis Sahkan Pelanggaran Syarat, Siasat Mahasiswa dan Penganjur

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, mengesahkan bahawa tiga kertas siasatan telah dibuka berikutan beberapa pelanggaran serius di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, Kanun Keseksaan, dan Akta Hasutan 1948.

Menurutnya, penganjur telah memaklumkan perhimpunan kepada polis namun 15 syarat yang ditetapkan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu tidak dipatuhi, antaranya:

  • Larangan membawa bahan provokatif dan berbahaya
  • Larangan membuat pembakaran di tempat awam
  • Larangan membawa simbol menghina atau menghasut

“Perhimpunan ini telah menyimpang dari objektif asal dan mengundang gangguan kepada ketenteraman awam. Tindakan seperti membakar gambar pemimpin negara adalah satu bentuk provokasi yang tidak boleh dikompromi,” tegas Jauteh.

Senarai Kesalahan Disiasat PDRM

Antara peruntukan undang-undang yang dikaji untuk pendakwaan:

SEKSYEN / AKTA

       KESALAHAN

  HUKUMAN

Seksyen 504 KK

      Mengaibkan hingga bangkit kemarahan

  Penjara 2 tahun atau denda

Seksyen 4(1) Akta Hasutan

      Menyebar bahan hasutan

  Penjara 3–7 tahun

Seksyen 15 Akta 736

      Langgar syarat perhimpunan

  Denda hingga RM10,000

Seksyen 499/500 KK

      Fitnah melalui ucapan/lambang

  Penjara hingga 2 tahun

Seksyen 6(1) Akta 357

      Bawa bahan berbahaya (jika ada)

  Penjara 5–10 tahun, sebat

 

PDRM: "Bebas Bersuara Ada Batasnya"

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda, memberi amaran bahawa walaupun perhimpunan aman dibenarkan oleh undang-undang, ia tidak bermaksud semua bentuk protes adalah sah.

“Mereka bukan saja langgar syarat, tetapi telah mencemarkan maksud perhimpunan aman dengan elemen penghinaan, provokasi dan kebiadaban. Kami tidak akan berdiam diri,” katanya.

 

Kronologi Ringkas Himpunan:

TARIKH /MASA

     PERISTIWA

21 Jun, 1.00 petang

       Himpunan bermula di pusat bandar Kota Kinabalu

21 Jun, 11.00 malam

       Peserta mula berkhemah, rakaman ucapan mula tular

22 Jun, 10.30 pagi

        Pembakaran karikatur Perdana Menteri berlaku secara terbuka

22 Jun, 11.00 pagi

        Polis mula bertindak, beberapa peserta ditahan

24 Jun

        UMS buat laporan polis, PDRM umum siasatan lanjut

 

Kartel Politik Di Sebalik Demo?

Sejak dari gerakan mahasiswa yang dikenali sebagai Suara Mahasiswa UMS yang sejak dahulu dibimbing oleh Mukmin Nantang pengasas Borneo Komrad mendapat sokongan daripada elemen politik luar kampus seperti Parti Warisan dan pihak mempunyai kepentingan.

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Selepas palauh,setinggan PTI, Mukmin Nantang bos Borneo Komrad tunggang mahasiswa UMS demo isu air

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] 9 budak Mukmin Nantang menyamar mahasiswa UMS ditangkap tiada IC Demonstrasi air

[VIDEO] Selepas palauh,setinggan PTI, Mukmin Nantang bos Borneo Komrad tunggang mahasiswa UMS demo isu air


budak belaan Mukmin Nantang

 

Ini bukan kali pertama kerana demo sebelum ini pun sama Mukmin Nantang turut berada di belakang demo. Demo kali ini dia tetap di belakang cuma kali ini beliau dalam parti warisan.

Walaupun Ketua Penerangan WARISAN, Datuk Azis Jamman, menafikan penglibatan rasmi parti dalam himpunan tersebut, namun media sosial menunjukkan beberapa entiti Warisan hadir terlibat secara langsung dalam demo antaranya  Peguam Parti Warisan Chin Teck Ming.

Mukmin Nantang, bekas mahasiswa UMS yang juga pengasas gerakan Borneo Komrad, 14 Jun lalu  dilantik Warisan sebagai Ketua Penyelaras Negeri Sabah yang jelas membuktikan Warisan mendalangi demo ini.

 

Hasut, hina Agong Persoal Pelantikan YDP Negeri

Selain mengkritik pentadbiran Perdana Menteri dan isu rasuah di Sabah, kumpulan mahasiswa ini turut mempertikaikan pelantikan bekas Ketua Menteri, Tun Sri Musa Aman, sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah yang baharu. Walaupun jelas Tun Musa Aman sebelum ini kesnya digugurkan mahkamah sebagai tiada kes.

UMS dalam kenyataannya menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak wajar dan menghina institusi diraja, memandangkan pelantikan dilakukan dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) sekalipun telah menyatakan pendiriannya untuk tidak mengambil tindakan terhadap mahasiswa yang membakar karikatur beliau semasa perhimpunan “Gempur Rasuah Sabah 2.0” namun ada baiknya pihak berkuasa menyelesaikan siasatan yang adil ini kerana kritikan terhadap TYT yang dilantik YDPA dilihat melampau apatah lagi membakar apa-apa bahan dalam himpunan awam yang jelas melanggar peraturan.  

Kesimpulan

Perhimpunan “Gempur Rasuah Sabah 2.0” yang kononnya membawa agenda reformasi telah bertukar menjadi platform propaganda politik dan pelanggaran undang-undang. Kini, mahasiswa UMS yang terlibat berdepan risiko pendakwaan jenayah dan tindakan tatatertib, manakala imej institusi pendidikan tinggi seperti Universiti Malaysia sabah (UMS) tercemar oleh tindakan segelintir individu yang hilang arah.

PDRM dijangka memanggil lebih ramai saksi dalam minggu ini, termasuk pemimpin-pemimpin politik yang dilihat hadir semasa perhimpunan tersebut.

 

2 Comments