Albert Tei dan 2 ADUN Sabah akan didakwa di Kota Kinabalu 30 Jun ini
15:06 Jun 25, 2025  |  By SabahKini2
Albert Tei dan 2 ADUN Sabah akan didakwa di Kota Kinabalu 30 Jun ini

Kes membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti sedia maklum adalah pada 30 Jun ini, di Mahkamah Rasuah Kota Kinabalu membabitkan dua ADUN dan seorang ahli perniagaan yang bernama Albert Tei.

PUTRAJAYA: Hanya dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah iaitu Datuk Yusof Yaakub Adun Sindumin ADUN Sindumin, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy ADUN Tanjung Batu dan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai 'Albert Tei' akan dituduh dalam kes rasuah membabitkan pemimpin negeri berkenaan di Kota Kinabalu, pada 30 Jun ini.

Perkembangan itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki pada sidang media di sini, hari ini.

"Kes membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti sedia maklum adalah pada 30 Jun ini, di Mahkamah Rasuah Kota Kinabalu membabitkan dua ADUN dan seorang ahli perniagaan yang bernama Albert Tei.

"Mereka akan dituduh bersama di bawah Seksyen 16A dan 16B Akta SPRM. Individu lain atau tangkapan baharu saya tidak boleh jawab.

"Setakat ini Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bersetuju untuk menuduh ketiga-tiga mereka dan ia bergantung kepada keputusan beliau," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Kelmarin, seorang lagi ADUN Sabah yang yang dikenali sebagai Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy ditahan SPRM kerana disyaki meminta dan menerima suapan kira-kira RM150,000 membabitkan pengeluaran lesen cari gali di negeri itu.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Suspek juga dilepaskan dengan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin selepas selesai dirakam keterangan dan dijangka dituduh dalam masa terdekat.

Terdahulu, media melaporkan SPRM mengesahkan individu yang akan didakwa bersama dua ADUN Sabah berhubung skandal rasuah lesen cari gali di negeri itu tidak dilindungi mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

1 Comment