ROS digesa batalkan PPGS: Dato’ Albert Tei langgar Seksyen 9A Akta Pertubuhan, peralat NGO monopoli lesen mineral di Sabah
13:06 Jun 27, 2025  |  By SabahKini2
ROS digesa batalkan PPGS: Dato’ Albert Tei langgar Seksyen 9A Akta Pertubuhan, peralat NGO monopoli lesen mineral di Sabah

Selepas cuba masuk dengan 13 syarikat rupanya Albert Tei juga adalah Setiausaha Agung kepada NGO Persatuan Pengusaha Galian Sabah (PPGS) bersama Erwin Lim Penolong Setiausaha yang juga Pengarah Nova Resources Sdn Bhd. ROS perlu batalkan PPGS..

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) digesa bertindak tegas termasuk mengharamkan Persatuan Pengusaha Galian Sabah (PPGS) susulan pertubuhan itu kini menjadi alat kepada kartel perlombongan haram yang diketuai oleh Datuk Albert Tei bagi memonopoli lesen dan aktiviti perlombongan mineral di Sabah.

Gesaan itu dibuat selepas pendedahan bahawa semua kenyataan agresif PPGS yang menyerang Kerajaan Negeri Sabah akhir-akhir ini didalangi oleh Albert Tei sendiri meskipun beliau bukan Presiden mahupun pemegang jawatan kanan dalam NGO tersebut.

Keadaan bertambah parah apabila tiga pemimpin tertinggi PPGS,Presidennya Dato’ Awang Sahari, Timbalanya Datuk Omar Mammah dan seorang AJKnya  Dato’ Abdul Rahman Zakaria  meletakkan jawatan secara rasmi pada 23 April 2025 sebagai protes terhadap penyalahgunaan pertubuhan tersebut.

 

[ARTIKEL BERKAITAN- Diperdaya Kartel Albert Tei: 3 Pengerusi Syarikat Letak Jawatan, Bekas Ketua Polis Sabah Tinggalkan NGO PPGS!

Diperdaya Kartel Albert Tei: 3 Pengerusi Syarikat Letak Jawatan, Bekas Ketua Polis Sabah Tinggalkan NGO PPGS!

 

Mereka semua telah meletak jawatan dan melawan Albert Tei kerana
sedar memperalatkan mereka

 

 

Albert Tei, yang pernah berdepan 105 pertuduhan di bawah Akta Buruh 1955 kerana menipu pekerja, kini bakal dihadapkan semula ke mahkamah pada 30 Jun 2025 atas pertuduhan memberi rasuah kepada pegawai dan wakil rakyat Sabah berkaitan lesen mineral.

Albert Tei bukan sahaja punya rekod mahkamah tetapi masih aktif mengendalikan syarikat-syarikatnya di Sabah, malah turut terlibat secara langsung dalam menyusun semula struktur kepimpinan NGO PPGS. Tindakan beliau jelas melanggar Seksyen 9A(1)(b) Akta Pertubuhan 1966, yang memperuntukkan bahawa mana-mana individu yang telah disabitkan kesalahan atau sedang disiasat atas jenayah serius tidak layak memegang sebarang jawatan dalam pertubuhan berdaftar.  - [Penjelasan di bawah artikel]

Lebih membimbangkan, kenyataan terbaru PPGS turut mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang hanya mendakwa dua ADUN bersama Albert Tei, dan mendesak siasatan ke atas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.  Kenyataan itu dikeluarkan selepas seluruh kepimpinan rasmi PPGS meletak jawatan — satu indikasi jelas bahawa NGO ini telah diambil alih secara tidak sah oleh individu berkepentingan peribadi.


Dalam saman syarikat GLC Sabah SMM itu sebelum ini menjelaskan salahguna kuasa Jontih Enggihon bekas CEO bersekongkol dengan Albert Tei mengeluarkan 13 kelulusan lesen mineral palsu yang menyebabkan Lembaga Pengarah SMM membatalkan semua lesen-lesen itu.Ketua Menteri jelas bertegas cubaan memonopoli lesen mineral di Sabah.

Albert Tei dijangka akan dihadapkan ke mahkamah pada 30 Jun ini atas pertuduhan memberi rasuah kepada pegawai awam dan wakil rakyat Sabah berkaitan aktiviti pelesenan perlombongan. Beliau juga mempunyai rekod 105 pertuduhan lampau di bawah Akta Buruh 1955 kerana penipuan terhadap pekerja asing.

Tindakan PPGS yang mengeluarkan kenyataan mempertikai hanya dua ADUN didakwa — sedangkan kenyataan itu dibuat selepas seluruh pucuk pimpinan sah NGO meletak jawatan — turut menguatkan persepsi bahawa pertubuhan ini tidak lagi beroperasi secara sah mengikut perlembagaan pertubuhan yang diluluskan ROS. 

Lebih membimbangkan, PPGS kini digunakan untuk menekan agensi-agensi penguat kuasa seperti SPRM dan kerajaan negeri dengan dakwaan berat sebelah dan kononnya berlaku pendakwaan terpilih — walhal kenyataan tersebut jelas direka untuk mengalihkan perhatian daripada peranan sebenar Albert Tei dalam skandal berbilion ringgit lesen mineral Sabah. 

Pemangku Pengerusi PPGS kini adalah Dato’ Kuik Harris bin OKK Anik, Timbalannya Datuk Hashim Justin, Setiausaha Agungnya Dato' Albert Tei yang juga Pengarah urusan CLA Global Holdings Sdn Bhd dan rakan niaganya Lim Kian Wee @ Erwin Lim menjadi Penolong Setiausaha. Semuanya mempunyai kepentingan dalam kartel syarikat Dato' Albert Tei 

 

 

Dato' Kuik Harris OKK Anik kekal bersama Albert Tei bersama Datuk Hashim Justin

Pelbagai pihak mempersoalkan tindakan ini sebagai pencabulan terhadap integriti NGO dan menyeru ROS agar segera:

  1. Membekukan status PPGS yang mana ahli-ahlinya bekas penjawat awam kanan dilibatkan dalam industri mineral sementara siasatan menyeluruh dijalankan;
  2. Menyiasat penyalahgunaan pertubuhan oleh individu yang tidak layak memegang jawatan dan bagaimana Albert Tei sebagai AJK memanipulasi NGO PPGS
  3. Membatalkan pendaftaran PPGS sekiranya terbukti melanggar peruntukan undang-undang dan objektif asal penubuhannya.

Skandal ini memperlihatkan bagaimana sebuah pertubuhan boleh diselewengkan oleh kartel korporat yang mempunyai kepentingan dalam industri berisiko tinggi seperti perlombongan. Jika tidak ditangani segera, ia akan menjadi precedent buruk kepada keseluruhan sistem pemantauan pertubuhan di Malaysia.

PPGS di Sabah jelas tidak lagi mewakili suara pengusaha galian sebenar, sebaliknya telah menjadi alat kartel — dan ROS wajib bertindak sebelum kerosakan menjadi lebih besar.

Ini selaras dengan Fakta pelanggaran PPGS dan Dato’ Albert Tei - Seksyen 9A(1)(b) Akta Pertubuhan 1966

Seksyen 9A - Larangan terhadap individu tertentu daripada memegang jawatan dalam pertubuhan berdaftar

9A(1)(b):
Seseorang tidak boleh memegang sebarang jawatan, sama ada sebagai pemegang jawatan, penasihat, atau mana-mana peranan kepimpinan dalam sesebuah pertubuhan berdaftar jika orang itu –

(b) sedang disiasat atas suatu kesalahan serius; atau telah disabitkan atas kesalahan yang melibatkan kecurangan, rasuah, atau lain-lain kesalahan serius di bawah undang-undang bertulis.

 

Apa "Kesalahan Serius"

  1. Kesalahan jenayah berat (penipuan, pecah amanah, rasuah, pengubahan wang haram, keganasan, dsb.)
  2. Kesalahan di bawah undang-undang tertentu, seperti:

    • Akta SPRM 2009
    • Kanun Keseksaan (seksyen 403, 405, 409, dsb.)
    • AMLA (Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001)

Bentuk Pelanggaran Seksyen 9A(1)(b)

Seseorang melanggar peruntukan ini apabila:

  1. Telah disabitkan kesalahan jenayah oleh mahkamah, tetapi masih dilantik atau kekal sebagai pemegang jawatan dalam pertubuhan berdaftar.
  2. Sedang disiasat oleh pihak berkuasa (SPRM, PDRM, dsb.) atas kesalahan berat, namun tetap memegang jawatan rasmi dalam pertubuhan.
  3. Pertubuhan gagal memecat/menggantung individu tersebut meskipun siasatan rasmi sedang berjalan.

 

AKIBAT PELANGGARAN

Jika didapati berlaku pelanggaran:

  • Pendaftar Pertubuhan (ROS) boleh mengeluarkan perintah pembubaran pertubuhan di bawah Seksyen 13(1)(c).
  • Individu terbabit boleh dilarang terlibat dalam apa-apa pertubuhan berdaftar buat suatu tempoh masa.
  • Pertubuhan boleh kehilangan kelayakan menerima dana atau perakuan rasmi daripada kerajaan.

Dalam Konteks PPGS dan Dato’ Albert Tei sangat jelas

  • Dato’ Albert Tei sedang disiasat oleh SPRM dan akan didakwa 30 jun 2025 berkaitan kesalahan rasuah & penipuan dalam permohonan lesen mineral
  • Beliau masih memegang jawatan Setiausaha Agung PPGS,

Maka hal ini boleh dianggap sebagai pelanggaran Seksyen 9A(1)(b) Akta Pertubuhan 1966

 

23 Comments