Kebakaran di Tawau memusnahkan sebuah rumah dan tiga kenderaan
23:07 Jul 14, 2025  |  By SabahKini2
Kebakaran di Tawau memusnahkan sebuah rumah dan tiga kenderaan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.03 pagi.

TAWAU: Sebuah rumah tidak kekal musnah dalam kebakaran di Batu 8, Jalan Sin Onn Tiku, di sini awal pagi tadi, dengan tiga kenderaan turut hangus terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.03 pagi.

Katanya, sepasukan 14 anggota dan pegawai bersama tiga buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan operasi mendapati rumah jenis tidak kekal berkeluasan 27x30 kaki itu telah terbakar keseluruhannya.

“Turut terbakar dua buah kereta dan sebuah motosikal musnah sepenuhnya, manakala sebuah lagi kenderaan terbakar kira-kira 20 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman menggunakan satu aliran hose reel dan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan, membabitkan sumber air dari jentera dan pili bomba berhampiran.

“Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.05 pagi sebelum operasi ditamatkan pada 6.41 pagi selepas kawasan disahkan selamat.

“Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian itu,” katanya.

Comment