KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman hari ini menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-269 di Istana Negara Kuala Lumpur.
Beliau diiringi oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269.
Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pramesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 di Istana Negara.