Nampaknya Jontih Enggihon bekas CEO yang disaman oleh SMM sebelum ini yang mengeluarkan minit mesyuarat dan lesen penerokaan palsu kepada lebih 13 syarikat kartel Albert Tei membocorkan minit mesyuarat lama yang diciptanya.
[ARTIKEL BERKAITAN- Fail Sulit Kartel Albert Tei terbongkar bersekongkol dengan Jontih, 3 pengerusi syarikat cuba bolot 13 lesen mineral di Sabah ]
Dalam 50 syarikat Albert Tei yang tular di susuli dengan 13 syarikat nampaknya muncul nama syarikat baru seperti Nusa Kini Sdn Bhd di Pengerusikan oleh Datuk Hashim Justin. Setakat ini semua Pengerusi syarikat dan Presiden NGO PPGS meletak jawatan malah membuat akuan bersumpah. Hanya Dato’ Kuik @Harris Pengerusi Sinaran Hayat Sdn Bhd dan Datuk Hashim Justin kekal dalam NGO PPGS yang disalah gunakan oleh Albert Tei. Datuk Dr Yusof dan. NGO PPGS dijadikan alat oleh Albert Tei yang sepatutnya ROS membatalkannya kerana melanggar Seksyen 9A Akta Pertubuhan
Sekalipun apa yang didedahkan oleh Malaysianow mengenai syarikat Bumi Suria Sdn Bhd dan Borneo Bumi Sdn Bhd yang pengarah dan pemegang sahamnya adalah Datuk Farhash Wafa Salvador dan Datuk Aminuddin Mustapha (Amin Botak) tetapi semua lesen dan surat lesen penerokaan palsu telah dibatalkan oleh SMM begitu juga segala bentuk permohonan Bumi Suria Sdn Bhd dan Borneo Bumi Sdn Bhd yang telah dibatalkan lebih awal ketika Jontih Enggihon sebagai CEO SMM.
Jontih Enggihon menjadi CEO SMM bermula dari 1 September 2021 hinggalah 31 Ogos 2024.
Ini bermakna surat dan minit mesyuarat yang ditandatangani oleh Jontih adalah tidak sah, telah dibatalkan, dan tidak boleh digunakan lagi sebagai dokumen rasmi. Kesahihan dokumen-dokumen tersebut kini dipertikaikan, sekaligus menjadi asas kepada tindakan saman oleh SMM terhadap Jontih dan Albert Tei, yang masih berjalan di mahkamah.
Ini termasuk Minit Mesyuarat SMM bertarikh 14 Mei 2024, yang telah dimanipulasi oleh Jontih dan Albert Tei.
Ini juga termasuk lesen kepada syarikat Teguh Permata Sdn Bhd milik pemimpin UMNO yang dibatalkan bagi lesen PL di Ranau untuk perlombongan emas.
Penama syarikat Bumi Suria Sdn Bhd dan Borneo Bumi Sdn Bhd hanyalah nama sekadar pengarah tetapi tidak memegang lesen PL. Lesen PL itu tidak wujud hingga kini. Ole dakwaan meneroka arang batu di kawasan seluas kira-kira 70,000 hektar meliputi Hutan Simpan Kalabakan dan Gunung Rara, berdekatan sempadan Kalimantan juga adalah tidak benar.
Apa Sahaja surat seperti surat bertarikh 21 Mei 2024 yang ditandatangi oleh Jontih tidak sah sepertimana pembatalan 13 syarikat Albert Tei yang ditentang keras oleh Albert Tei.