Ketika tempoh pentadbiran Warisan selama 26 bulan dahulu, rekod Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah bukanlah tentang menyelamatkan masa depan pelajar Sabah, sebaliknya terpalit dengan kontroversi lupus hutang kroni dan kegagalan membayar gaji anak syarikat Yayasan Sabah seperti Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF)
Namun kini, menjelang PRN Sabah, Shafie tampil semula dengan janji baharu penuh drama – kononnya akan melupuskan semua hutang pinjaman pendidikan pelajar Sabah sekiranya Warisan kembali memerintah.
“Saya akan lupuskan semua pinjaman pelajaran kepada Yayasan Sabah yang ditanggung oleh pegawai kerajaan, sama ada yang masih berkhidmat atau sudah bersara,” kata Shafie yang disiarkan beberapa media.
Tidak cukup dengan itu, beliau turut berjanji memberikan pendidikan percuma dan biasiswa penuh dalam bidang kritikal jika kewangan negeri kukuh.
Tetapi... apa rekod sebenar semasa Warisan berkuasa? Rakyat tidak lupa apa yang Shafie dan Warisan buat. Apa yang berlaku ketika beliau menjadi Ketua Menteri (2018–2020) ialah:
Gagal mengurus Anak syarikat Yayasan Sabah- Kakitangan Kolej Yayasan Sabah Tak Dibayar Gaji
- Disember 2018: Seramai 57 kakitangan Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) tidak dibayar gaji sehingga 3 bulan termasuk pegawai kanan BACA Laporan Sabahkini2.
- 2019: Masalah berlarutan, UCSF dilapor mahu buang pekerja kerana gagal urus kewangan. Pegawai atasan dibayar gaji tinggi, staf bawahan dianiaya. Laporan penuh
- Jun 2020: Yayasan Sabah arah pemotongan gaji anak syarikatnya termasuk Borneo Rainforest Lodge hingga 50%! BACA di sini
- Julai 2020: UCSF sekali lagi terlibat pemotongan gaji walaupun Shafie janji tiada pemberhentian pekerja. BACA di sini
Mahu mengurus masalah kolej milik Yayasan Sabah saja dah gagal. Lagi nak hapus hutang!
Rekod Sebenar: Lupus RM178 Juta Hutang Datuk Ambrose Lee
Janji ‘lupus hutang pelajar’ hanyalah gimik politik kerana yang benar-benar dilupuskan ialah RM178 juta hutang Datuk Ambrose Lee, pemilik CASH Bhd – syarikat yang mempunyai hutang lapuk (NPL) dengan Sabah Development Bank (SDB). Skandal ini turut melibatkan penerbitan Sukuk RM10 bilion yang gagal!
BACA ARTIKEL BERKAITAN- SD Bank: Terbongkar Shafie luluskan Sukuk RM10B, lupus RM178 juta hutang CASH Bhd milik Datuk Ambrose Lee, peminjam NPL diberi hutang baru!
Pada 29 November 2019, Lembaga atas arahan Shafie Apdal Ketua Menteri meluluskan penghapusan sebanyak 40 "Pinjaman Legasi" berjumlah RM408 juta. Kesannya adalah pengurangan dalam peratusan NPL daripada 16.19% kepada 11.01%.
Semakan mendapati, beberapa peminjam telah dihapus kira walaupun menjadi NPL kurang dari 10 tahun. Daripada lima peminjam utama Tahap 3 yang dihapus kira, dua telah dihapus kira dalam masa kurang dari 10 tahun.
Maka terselamatlah syarikat Datuk Joseph Lee Yok Min @Ambrose Lee CONSTRUCTION AND SUPPLIES HOUSE BHD (CASH) selepas hutang RM178 juta dilupuskan. Kini Datuk Ambrose Lee dan kesayangannya Georgia Suzanne pemegang saham terbesar dalam Borneo Oil Berhad.
19 jun lalu Shafie Apdal menafikan laporan Sabahkini2 bahawa beliau melupuskan pinjaman tidak berbayar (NPL) RM178 juta kepada syarikat CASH Bhd semasa mengetuai pentadbiran Sabah.
Adun Senallang itu dalam kenyataan menegaskan tiada satu NPL yang dilupuskan sepanjang beliau menjadi ketua menteri dan pengerusi Lembaga Pengarah Sabah Development Bank (SDB) dari Mei 2018 hingga September 2020.
“Tuduhan saya melindungi kroni atau memberi layanan istimewa kepada peminjam yang mempunyai hubungan politik adalah satu pembohongan. Saya tidak pernah campur tangan dalam kelulusan pinjaman atau urusan kewangan bank.
“Justeru dakwaan kononnya saya ‘melupuskan pinjaman RM178 juta kepada CASH Bhd’ adalah satu pemutarbelitan fakta disengajakan,” katanya sambil menegaskan akan mengambil tindakan terhadap pihak menyebarkan fitnah itu.
Sabahkini2 mempunyai semua butiran syarikat termasuk milik Datuk Ambrose Lee yang akan didedahkan secara terperinci kemudian. Kita cuma berharap SPRM menyiasat pelupusan hutang kroni ini.
Kerugian SD Bank- Saman terhadap Ernst & Young
Skandal ini turut menyebabkan kerugian besar kepada SDB dan laporan kewangan dimanipulasi seolah-olah bank mencatat keuntungan, walhal rugi sejak 2018.
Kini, kerajaan GRS telah menyaman firma audit Ernst & Young (EY) kerana kelalaian yang menyebabkan kerugian RM1.97 bilion!
ARTIKEL BERKAITAN- Sabah Development Bank Saman Ernst & Young : Dakwa Penipuan Audit Sebabkan Kerugian RM1.97 Bilion
ARTIKEL BERKAITAN - Salah urus, penipuan "perakaunan kreatif" era Shafie Apdal dan Warisan punca SDB rugi hampir RM1 bilion
GRS Tak Berjanji Kosong, Tapi Salur Bantuan RM848.26 Juta Untuk Pendidikan
Sebaliknya, kerajaan GRS di bawah Hajiji Noor terbukti lebih telus dan berkesan. Sepanjang empat tahun sejak 2021, kerajaan negeri telah:
- Membelanjakan RM848.26 juta untuk pembangunan pendidikan
- Menyediakan 14 inisiatif baharu melibatkan peruntukan RM164.14 juta untuk 210,918 pelajar
- Untuk tahun 2025 sahaja, lebih RM250 juta disalurkan menerusi pelbagai program sebagaimana dimaklumkan YB Datuk Dr Hj Mohd bin Arif dalam Sidang DUN Sabah baru-baru ini.
Kesimpulan
Apa yang ditawarkan Shafie Apdal hanyalah ‘janji lama yang tidak ditepati’ dibalut janji baharu. Hakikatnya, semasa Warisan memerintah:
- Tiada hutang pelajar dilupuskan
- Yayasan Sabah gagal bayar gaji
- RM178 juta hutang kroni dilupuskan- NPL diberi hutang baru
- SD Bank menanggung kerugian besar- Tipu laporan Audit
Sebaliknya, Kerajaan GRS telah melaksanakan pelbagai program pendidikan bernilai ratusan juta — bukannya sekadar berjanji menjelang pilihan raya.
Rakyat Sabah perlu ingat. Warisan berkuasa hanya beri kepada 'Sempornarian' dan kroni seperti Datuk Ambrose Lee!.