Hajiji terima kunjungan hormat Pengerusi SESB baharu
18:08 Aug 29, 2025  |  By SabahKini2
Hajiji terima kunjungan hormat Pengerusi SESB baharu

Antara isu yang dibincangkan adalah perancangan masa depan SE dan peranannya dalam menyokong pembangunan di Sabah.

KOTA KINABALU: Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SE) baharu, Saadiah Aziz mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu, hari ini.

Antara isu yang dibincangkan adalah perancangan masa depan SE dan peranannya dalam menyokong pembangunan di Sabah.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif SE, Datuk Mohd. Yaakob Jaafar.

Bekas Naib Presiden Kanan Khazanah Nasional Berhad itu menggantikan Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau pada 31 Julai lepas.

Comment