Bukti Sah: Mohd Ariffin Akiah akui Farisya Maisara anaknya, fitnah terhadap Datuk Mohd Arifin Arif terjawab!
23:09 Sep 02, 2025  |  By SabahKini2
Bukti Sah: Mohd Ariffin Akiah akui Farisya Maisara anaknya, fitnah terhadap Datuk Mohd Arifin Arif terjawab!

Akhirnya semua terjawab. Laporan Mohd Ariffin Akiah mengesahkan Farisya Maisara anaknya dan mengakui Datuk Mohd Arifin Arif difitnah. Ini bermakna semua tuduhan pihak tertentu mengatakan Farisya cucu TYT Sabah juga adalah tidak benar.

Kemelut tuduhan liar yang mengaitkan seorang Menteri Kabinet Sabah, Datuk Mohd Arifin Arif dan cucu TYT Sabah dengan kes buli melibatkan pelajar SMK Tun Mustapha akhirnya terjawab. Dokumen rasmi yang diperoleh Sabahkini2 mendedahkan kebenaran bahawa pelajar berkenaan, Farisya Maisara binti Mohd Ariffin, sebenarnya anak kandung seorang juruteknik Malaysia Airport Holding Berhad Kota Kinabalu bernama Mohd Ariffin bin Akiah, bukannya anak kepada Datuk Mohd Arifin Arif seperti yang cuba dipalitkan di media sosial.

 ARTIKEL BERKAITAN - Kes Zara: Terbukti Farisya Maisara bukan anak Datuk Mohd Arifin Arif tapi anak Mohd Ariffin Akiah!

Kes Zara: Terbukti Farisya Maisara bukan anak Datuk Mohd Arifin Arif tapi anak Mohd Ariffin Akiah!


Mohd Ariffin bin Akiah bukan pengundi di Parlimen Papar atau
DUN  
Limbahau, Pantai Manis atau Kawang tetapi
pengundi Dun Pintasan Parlimen Kota Belud

 

 

Pendedahan Sabahkini2 pada 19 Ogos lalu mengenai bukti Farisya Maisara bukan anak Datuk Mohd Arifin Arif tapi anak Mohd Ariffin Akiah dalam kes Zara mendapat respon yang perlbagai termasuk permohonan maaf sebuah pengendali facebook Sabah News Online (SNO) dan laporan polis oleh Mohd Ariffin Akiah.

 

Artikel itu tidak mungkin disiarkan jika Mohd Ariffin Akiah tampil ke depan untuk menceritakan anaknya Farisya Maisara bukan pembuli tetapi hanya seorang disenaraikan daripada 195 saksi yang dipanggil. Naratifnya mudah anaknya bukan pembuli tapi saksi dan semua yang berlegar sekarang adalah fitnah terhadap kedua-dua keluarga. Tapi Mohd Ariffin Akiah degil beliau seakan-akan seronok Farisya Maisara dianggap sebagai anak Datuk Mohd Arifin Arif seorang dari Menteri Kabinet Sabah. Beliau lupa kesannya pasti lebih teruk jika butiran anaknya terdedah seperti sekarang.

Tuduhan itu makin teruk walau apapun penjelasan dibuat oleh Datuk Mohd Arifin Arif namun netizen tetap menuduh Farisya Maisara anaknya dan cucu Tun Musa Aman TYT Sabah.

Kemelut tuduhan terhadap VVIP tidak akan berakhir sekiranya 5 nama pelajar pembuli tertuduh tidak di umumkan dan bapa penama anak Farisya Maisara tidak muncul tampil membersihkan persepsi ini.

 

Laporan Polis Bukti Pengakuan Mohd Ariffin Akiah

Pada 22 Ogos 2025, Mohd Ariffin Akiah membuat laporan polis di Balai Tanjong Aru, Kota Kinabalu. Dalam laporan tersebut, beliau menyatakan keluarganya menerima gangguan, ugutan dan tuduhan fitnah yang mengaitkan anaknya Farisya Maisara sebagai anak kepada Menteri berkenaan.

“Saya, Mohd Ariffin bin Akiah… ingin membuat laporan berhubung penyalahgunaan media sosial yang menjejaskan keselamatan dan maruah keluarga saya,” jelasnya dalam laporan.

"Fitnah ini berpunca daripada isu viral melibatkan anak saya Farisya Maisara binti Mohd Ariffin di mana netizen sebelum  ini mendakwa beliau anak kepada seorang ahli politik. Walaupun perkara itu telah dinafikan secara rasmi oleh YB Arifin Arif. Akaun-akaun media sosial tersebut masih meneruskan penyebaran fitnah dan maklumat palsu"

Beliau menegaskan maklumat itu palsu dan menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu serta akaun media sosial yang menyebarkan fitnah berkenaan.

Dengan pengakuan ini jelaslah Farisya Maisara anak kepada Mohd Ariffin yang tinggal di Pengalat Besar Papar.


Mohd Ariffin Akiah perlu tampil di media maklumkan
kebenaran sebelum gambar keluarganya anak beranak disiarkan 


Sijil Kelahiran Sahkan Identiti

Sebelum ini Sabahkini2 memaparkan bukti salasilah keluarga Mohd Ariffin Akiah dari Keturunan Datu Sandal Datu Sandang- Lunggah. Netizen mempertikai tarikh kelahiran Farisya Maisara bertarikh 21 Mei 2012.

Bagi membuktikan hal ini salinan sijil kelahiran rasmi JPN menunjukkan Farisya Maisara dilahirkan pada 21 Mei 2012 di Hospital Wanita & Kanak-Kanak Likas. Bapanya ialah Mohd Ariffin bin Akiah, manakala ibunya ialah Nunu binti Sariman. Bapa berketurunan Irranun dan ibu suku Bajau. Bangsa Irranun masyarakat yang tegas, berani dan kuat mempertahankan maruah. Namun Mohd Ariffin Akiah nampaknya penakut beliau menyembunyikan kebenaran dan membiarkan sumpah seranah netizen kepada pihak yang tidak bersalah. Jika ada harga diri tampil ke depan akui anak sendiri dan nyatakan sebagai saksi kes.

Pengakuan Mohd Ariffin Akiah sekaligus menafikan sepenuhnya dakwaan bahawa Farisya ialah anak kepada Datuk Mohd Arifin Arif atau cucu TYT Sabah, Tun Musa Aman.

 

Fitnah Bermotif Politik

Dalam satu demonstrasi di Tawau 31 Ogos lalu beberapa jurucakap dalam demonstrasi “Justice For Zara”  diketuai penyelaras Warisan Mukmin Nantang menjadikan  himpunan sebagai kempen politik sehingga ada suara ekstrem menyerang nama baik keluarga TYT Sabah dengan kata-kata kasar  berbaur ancaman 'Membakar TYT Sabah'. Polis perlu tangkap jurucakap buat ugutan bunuh ini.

Hanya kerana nama didedahkan Edisi Siasat semua fitnah itu bermula - Farisya hanyalah salah seorang daripada 195 saksi kes Zara, tetapi kerana fitnah politik, nama keluarga Tun TYT Sabah dan Datuk Mohd Arifin Arif  cuba dipalitkan demi agenda tertentu.

 

Kesannya Terhadap Dua Keluarga

Akibat penafian yang lambat, keluarga Mohd Ariffin Akiah kini berdepan gangguan telefon, kecaman media sosial dan rasa tidak selamat. Namun dalam masa sama, keluarga Datuk Mohd Arifin Arif turut menjadi mangsa fitnah apabila nama mereka dipalitkan dengan isu yang langsung tidak berkaitan.

Datuk Mohd Arifin sendiri telah berkali-kali menegaskan bahawa beliau tiada anak bernama Farisya Maisasra dan anak-anaknya tidak pernah bersekolah di SMK Agama Tun Mustapha.

 

Fitnah Terjawab

Dokumen – laporan polis, sijil kelahiran dan buku salasilah keluarga– membuktikan tanpa keraguan bahawa Farisya Maisara ialah anak kepada Mohd Ariffin Akiah petugas lapangan terbang Kota Kinabalu. 

Netizen yang masih menyebarkan fitnah bahawa Farisya Maisara sebagai anak Menteri dan cucu TYT wajar dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 499 & 500 Kanun Keseksaan. Semua bukti sudah jelas. 

Mungkin pihak keluarga Datuk Mohd Arifin Arif sudah boleh menghantar LOD dan saman kepada pihak-pihak yang memfitnah mereka sebagai satu pengajaran. Kebenaran akan muncul juga  dan netizen kaki fitnah pasti mendapat balasan. Kes Zara perlu diserahkan kepada mahkamah dan undang-undang negara ini. Siapa yang bersalah tak kira siapa perlu diambil tindakan. Kepada pihak yang memfitnah Datuk Mohd Arifin Arif wajar memohon maaf dengan pembuktian ini. 

5 Comments