Lima bayi lahir pada Hari Kebangsaan ke-68 di KPJ Sabah
17:09 Sep 03, 2025  |  By SabahKini2
Lima bayi lahir pada Hari Kebangsaan ke-68 di KPJ Sabah

Menurut kenyataan Hospital Pakar KPJ Sabah berkata, kelahiran pada tarikh bersejarah itu bukan sahaja membawa kegembiraan kepada keluarga, malah turut menyerikan suasana sambutan kemerdekaan di hospital.

KOTA KINABALU: Suasana sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Sabah di Hospital Pakar KPJ Sabah bertambah istimewa apabila seramai lima bayi dilahirkan pada 31 Ogos lalu.

Daripada jumlah itu, tiga adalah bayi perempuan manakala dua lagi bayi lelaki, semuanya disambut selamat oleh Perunding Residen Pakar Obstetrik dan Ginekologi hospital berkenaan, Dr Norafidah Ahmad, Dr Nuraini Sukarna dan Dr Naumi Laboh.

Menurut kenyataan Hospital Pakar KPJ Sabah berkata, kelahiran pada tarikh bersejarah itu bukan sahaja membawa kegembiraan kepada keluarga, malah turut menyerikan suasana sambutan kemerdekaan di hospital.

“Sebagai tanda penghargaan, pihak hospital turut menyampaikan hadiah kenangan kepada setiap keluarga bayi sebagai simbolik sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah,” katanya 

Bayi pertama dilahirkan ialah anak kepada Pamela Francis Lee, bayi perempuan seberat 3.61 kilogram pada jam 9.25 pagi.

Bayi kedua pula ialah anak kepada Masitah Abdul Kassim, bayi perempuan seberat 3.8 kilogram pada jam 1.07 tengah hari, diikuti bayi ketigaseorang bayi perempuan seberat 2.15 kilogram yang dilahirkan pada jam 6.16 petang oleh Magdalina Francis.

Pada sebelah malam, bayi keempat dilahirkan oleh Racheal Gail Richard, seorang bayi lelaki seberat 2.9 kilogram pada jam 10.09 malam.

Kelahiran terakhir pada hari berkenaan ialah bayi lelaki seberat 3.075 kilogram pada jam 11.13 malam oleh Siti Aminah Hakim.

Detik itu sekali lagi menegaskan komitmen Hospital Pakar KPJ Sabah dalam menyediakan perkhidmatan perubatan berkualiti tinggi khususnya penjagaan ibu dan anak, selain terus menyokong kesejahteraan komuniti di negeri ini.

Comment