Janji 40% Hasil Sabah: Tan Sri Muhyiddin Pengerusi PN buat janji ‘ Ala Malaya’ lagi
10:09 Sep 04, 2025  |  By SabahKini2
Janji 40% Hasil Sabah: Tan Sri Muhyiddin Pengerusi PN buat janji ‘ Ala Malaya’ lagi

Ketika jadi PM Muhyiddin tidak pernah mengumumkan sebarang pelan konkrit untuk mengembalikan hak Sabah sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Malah beliau anti Blok Borneo

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekali lagi mengangkat isu 40% hasil Sabah sebagai janji utama dalam manifesto PRN akan datang. Namun persoalan besar timbul – mengapa janji yang sama tidak pernah ditunaikan ketika beliau sendiri bergelar Perdana Menteri Malaysia ke lapan?

Ketika menerajui Putrajaya, Muhyiddin tidak pernah mengumumkan sebarang pelan konkrit untuk mengembalikan hak Sabah sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Malah, tiada sebarang peruntukan khas tambahan yang diumumkan untuk Sabah, berbeza dengan Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara konsisten menyalurkan dana tambahan serta kerap turun padang melawat negeri itu.

Era Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri X (PMX) menyaksikan kadar Pemberian Khas Sabah dan Sarawak dinaikkan sekali ganda – daripada RM300 juta kepada RM600 juta bermula tahun 2025. Langkah ini bukan sahaja membuktikan kesungguhan kerajaan perpaduan menunaikan janji MA63, malah menjadi bukti jelas bahawa hak negeri boleh dikembalikan sekiranya ada kemahuan politik.

Sebaliknya, Muhyiddin hanya menabur janji-janji manis tanpa sebarang tindakan. Beliau meniru retorik lama “Parti Malaya” – menjanjikan segala kehendak Sabah, namun gagal melaksanakannya apabila berada di tampuk kuasa.

Hakikatnya, formula perkongsian hasil 40% Sabah telah digantung sejak 1974, dan perjuangan pemimpin negeri ini tidak pernah surut. Namun sewaktu Muhyiddin berkuasa, beliau tidak menekan perkara ini dalam Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63, sebaliknya membiarkan isu itu berlarutan. Malah beliau tidak pernah berniat memberinya kerana menganggap dirinya sebagai pemimpin besar dan sangat anti dengan blok Borneo. Muhyiddin tidak suka Sabah dan Sarawak bersatu kerana menghalang kuasa Malaya.

Hari ini, menjelang PRN Sabah, Muhyiddin muncul semula dengan janji sama – seolah-olah rakyat tidak mampu menilai rekod pentadbirannya.

Rakyat Sabah wajar bertanya:

  • Apa yang dilakukan Muhyiddin semasa menjadi Perdana Menteri?
  • Mengapa beliau tidak mengembalikan hak 40% itu ketika kuasa penuh berada di tangannya?
  • Adakah janji baharu ini sekadar umpan politik, satu lagi sandiwara yang digelar “wayang Malaya”?

Janji 40% hasil ini hanya akan menjadi realiti sekiranya ia disokong dengan tindakan jelas dan keputusan kerajaan, bukan sekadar retorik manifesto.

Rakyat Sabah sudah lama menanti, dan tidak wajar terus diperdaya. Muhyiddin perlu menjawab – adakah beliau benar-benar serius memperjuangkan hak Sabah, atau sekadar memperalatkan MA63 demi undi pilihan raya?

Hari ini PN Sabah yang dikuasai ahli-ahli PAS di Pantai Timur Sabah terdiri daripada Bugis-bugis Tawau, Sandakan dan Lahad Datu cuba menguasai PN Sabah. PN di Sabah lebih digerakkan oleh PAS. Rakyat Sabah tidak akan mahu PAS berkuasa dan dikuasai oleh bukan anak negeri Sabah. 

 

Comment