Semakin hampir PRN Sabah semakin menyerlah mulut longkang dan Politik desperado Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal. Sebelum ini mengekorkan cina dan mengkafirkan Bangsa Murut. Kini mulut pemimpin Bangsa Sempornarian ini lebih longkang dari longkang busuk dengan menghina mahkamah menuduh Zara dibunuh. Shafie terdesak menunggang kes Zara kerana rakyat Sabah menolak parti mengagongkan Sempornarian tu.
[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Shafie Apdal Hina Kaum Murut Sebagai “Kafir”! – Politik Mulut Longkang Warisan Berulang Lagi ]
Kenyataan terbaru Presiden Parti Warisan, Shafie Apdal itu dikecam hebat oleh barisan peguam serta pemerhati kehakiman susulan kenyataannya yang menggambarkan kematian pelajar berusia 13 tahun, Zara Qairina Mahathir, sebagai satu bentuk “pembunuhan” walaupun prosiding inkues masih berjalan.
Kenyataan itu tular menerusi sebuah video yang menunjukkan Shafie membuat ucapan berbaur prejudis, mencetuskan reaksi keras daripada pasukan guaman yang terlibat dalam prosiding. Mereka menegaskan kenyataan sebegitu berisiko mencetuskan “trial by media”, menjejaskan integriti inkues, malah boleh dianggap sebagai penghinaan mahkamah (contempt of court).
Shafie jejaskan perjalanan inkues- Kritikan Datuk Ram Singh
Peguam kanan Datuk Ram Singh, yang mewakili pelajar A – seorang saksi kanak-kanak dalam prosiding – berkata kenyataan Shafie boleh menjejaskan perjalanan inkues yang kini memasuki hari ke-10.
“Minggu hadapan saksi kanak-kanak serta pelajar yang dituduh akan memberi keterangan secara tertutup. Apabila kenyataan seperti itu dibuat secara terbuka, ia pasti mengganggu perjalanan prosiding,” tegasnya.
Ram menambah, ucapan Shafie bukan sahaja berpotensi mempengaruhi pandangan masyarakat, tetapi juga memberi tekanan kepada saksi atau deponen yang bakal tampil di mahkamah.
“Saya tidak dapat bayangkan apa yang akan difikirkan oleh saksi kanak-kanak apabila perkataan seperti ‘pembunuhan’ disebut, sedangkan ia sama sekali tidak benar. Kenyataan sebegini jelas tidak menghormati prosiding inkues dan boleh dianggap sebagai penghinaan mahkamah atau sub judice,” katanya.
Beliau turut mengingatkan bahawa prosiding ini adalah inkues, bukannya perbicaraan kes bunuh. Oleh itu, sebagai ahli politik berpengalaman, Shafie sepatutnya lebih memahami batasan undang-undang.
Datuk Ram Singh bukan orang baharu beliau pernah menjadi peguam kepada Shafie Apdal ketika kes rasuah bersama Datuk Peter Anthony sebelum ini. Kenyataan Datuk Ram Singh ada asasnya.
Kecaman Peguam Pelajar B, C, D dan E
Sementara itu, peguam Azhier Farhan Farisin, yang mewakili empat pelajar dirujuk sebagai B, C, D dan E, turut mengecam Shafie. Beliau menyifatkan kenyataan itu sebagai “amat tidak bertanggungjawab dan prejudis”.
Menurutnya, kenyataan terbuka yang mendahului keputusan mahkamah boleh mengganggu keadilan inkues serta menimbulkan persepsi berat sebelah. “Kenyataan sebegini memberi tekanan psikologi, khususnya kepada saksi kanak-kanak,” ujarnya.
“Reckless, Dangerous and Disgusting”
Barisan peguam bagi empat pelajar tersebut turut melabel kenyataan Shafie sebagai “reckless, dangerous and disgusting” (cuai, berbahaya dan menjijikkan).
Mereka berkata tindakan seorang pemimpin kanan politik membuat tuduhan berat di tengah prosiding kehakiman adalah tidak wajar. Video yang tular itu menunjukkan Shafie berkata: “Itu budak sudah mati, bukan buli, it’s a murder. Betul kah?” – yang disambut oleh hadirin dengan kata “Betul.”
Latar Belakang Inkues
Zara Qairina Mahathir, pelajar Tingkatan Satu SMKA TDM, ditemui tidak sedarkan diri di asrama pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth keesokan harinya.
Kematian itu mencetuskan gelombang solidariti masyarakat serta desakan agar siasatan telus dijalankan. Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara mengarahkan inkues selepas meneliti laporan siasatan polis.
Inkues bermula 3 September 2025, dan sehingga kini lapan saksi sudah dipanggil. Prosiding dijadualkan berlangsung hingga hujung bulan dengan sekurang-kurangnya 68 saksi, termasuk lebih 30 kanak-kanak, dijangka memberi keterangan.
Kesimpulan
Kenyataan Shafie Apdal bukan sahaja menimbulkan persoalan etika politik, malah turut membuka ruang kepada perbahasan undang-undang mengenai sub judice dan contempt of court. Barisan peguam yang terlibat sebulat suara menyeru agar semua pihak menghormati prosiding mahkamah, demi memastikan keadilan untuk Zara Qairina dicapai melalui proses yang telus dan bebas daripada sebarang tekanan luar.
Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap Shafie Apdal mulut longkang!