Kadzim angkat sumpah Speaker DUN Sabah
17:10 Oct 02, 2025  |  By SabahKini2
Kadzim angkat sumpah Speaker DUN Sabah

Selepas mengangkat sumpah di hadapan Tun Musa, Kadzim menandatangani dokumen berkenaan yang disaksikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi.

KOTA KINABALU: Datuk Seri Kadzim M Yahya telah dilantik semula sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.

Kadzim menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.

Selepas mengangkat sumpah di hadapan Tun Musa, Kadzim menandatangani dokumen berkenaan yang disaksikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi.

Istiadat itu turut disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, menteri-menteri kabinet dan pembantu menteri.

Comment