Bekalan Air Tawau: Dulu Shafie Gagal, kini ulang janji atas projek sedang disiapkan
12:10 Oct 05, 2025  |  By SabahKini2
Bekalan Air Tawau:  Dulu Shafie Gagal, kini ulang janji atas projek sedang disiapkan

Wayang Shafie Apdal datang lagi. Mahu bagi pendidikan percuma tapi bayar gaji staf Yayasan Sabah tak mampu. Kini mahu selesai air tapi dia dulu gagal. Hari ini Empangan Cinta Mata Tawau sedang dibina dan bakal siap 2028. Shafie pun jadi kaki 'Claim'

Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, sekali lagi menjadikan isu air di Tawau sebagai modal politik apabila berjanji untuk menyelesaikan masalah bekalan air dalam tempoh setahun sekiranya partinya memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.

Namun janji itu dipersoalkan banyak pihak kerana projek utama bagi mengatasi krisis air di daerah ini – Empangan Cinta Mata – sebenarnya sudah pun berjalan di bawah pentadbiran semasa kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

 

Projek Empangan Cinta Mata: Fakta di Sebalik Janji

  • Projek pembinaan empangan ini bermula sejak 2016, namun beberapa kali tertangguh sehingga disambung semula oleh kerajaan baharu.
  • Menurut pihak berkuasa air negeri, projek kini telah mencapai kemajuan fizikal 64% dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2026.
  • Selepas siap, ia akan disusuli Skim Bekalan Air Tawau Fasa III, yang dijangka mampu menamatkan masalah bekalan air lebih 400,000 penduduk Tawau menjelang 2028.

Ini bermakna janji untuk “selesaikan dalam setahun” lebih wayang kerana projek ini kini sudah 64% siap dan pastinya telah selesai oleh kerajaan GRS bukan janj Kerajaan Warisan.

Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui turut menegaskan projek ini adalah usaha jangka panjang kerajaan bagi memastikan rakyat Tawau menikmati bekalan air bersih yang stabil selepas bertahun-tahun berdepan catuan.

“Selepas penerangan ini, rakyat mendapat maklumat tepat mengenai perkembangan pembinaan empangan dan kita harap jadual siap 2028 berjalan lancar. Namun, kita tidak hanya menunggu sehingga 2028, penyelesaian jangka pendek dan sederhana juga digerakkan termasuk menambah lori penghantaran air serta menyediakan langkah proaktif bersama konsesi pembekal,” katanya selepas lawatan tapak bersama Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan Jabatan Air Tawau.

Lo turut menjelaskan bahawa kelewatan projek sebelum ini berpunca daripada pertukaran kerajaan dan sekatan pandemik COVID-19 yang menjejaskan kelulusan permit pekerja asing. Projek ini hanya disambung semula pada 2023 selepas beberapa kali tertangguh.

Selain pembinaan empangan, kerajaan negeri turut memperkukuh dasar termasuk penggubalan akta berkaitan bekalan air serta usaha menangani kadar kehilangan air tanpa hasil (non-revenue water) di Tawau yang mencecah 55%.

Loji Rawatan Air Balung II: Penyelesaian Tambahan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Datuk Hamild Awang, pula memaklumkan bahawa projek Loji Rawatan Air Balung II akan bermula pada 2026 dan dijangka siap pada 2029 bagi menampung keperluan air di kawasan Balung dan Apas.

“Pada masa ini Loji Balung hanya mampu membekalkan 22 juta liter sehari sedangkan keperluan sebenar dua kawasan ini mencecah 30 juta liter. Apabila Loji Balung II siap, masalah ini dapat diatasi secara menyeluruh,” jelasnya.

Sementara menunggu projek besar itu disiapkan, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan termasuk penghantaran bekalan menggunakan lori Jabatan Air, lori swasta sewaan serta penyediaan tangki statik di kampung-kampung terjejas seperti Kampung Serudung, Blok 31 dan Kongsi 10.

Hamild turut menghargai kerjasama Lo yang membantu menyediakan telaga tiup di Kampung Kongsi 10 sebagai alternatif untuk meringankan masalah air penduduk.

 

Ketika Warisan Jadi Kerajaan: Apa Yang Berlaku?

Semasa Warisan memegang tampuk pemerintahan negeri (2018–2020), isu air di Tawau turut dibangkitkan. Namun, projek empangan tidak dipacu dengan konsisten dan mengalami kelewatan. Apabila kerajaan bertukar kepada GRS, projek itu disambung semula dan kini sedang bergerak lebih teratur.

Pemerhati politik menyifatkan kenyataan Shafie seolah-olah menafikan usaha kerajaan semasa, walhal penyelesaian jangka panjang sudah berada di landasan.

Harapan Penduduk Tawau

Bagi rakyat Tawau, apa yang mereka mahukan bukan sekadar janji politik, tetapi penyelesaian praktikal. Lawatan tapak Empangan Cinta Mata yang turut disertai pemimpin masyarakat, NGO dan media baru-baru ini diyakini memberi gambaran jelas bahawa projek ini memang berjalan dan bukan sekadar slogan.

Seorang penduduk berkata:

“Kami sudah lama tunggu, janji demi janji sudah banyak. Yang penting sekarang projek siap, barulah masalah air boleh betul-betul selesai.”

Pembatalan konsesi air - bayaran pampasan ratusan juta

Selain isu kelewatan pembinaan empangan, krisis air Sabah pernah bertambah parah ketika pentadbiran Warisan. Pembatalan 9 syarikat konsesi air oleh kerajaan Warisan bukan sahaja menjejaskan operasi bekalan, malah menyebabkan kerajaan negeri kini berdepan saman sivil berjumlah RM315 juta.

Pemerhati menilai langkah itu sebagai tindakan terburu-buru yang akhirnya menambah beban kepada kerajaan negeri, di samping memberi kesan langsung kepada rakyat yang terus berdepan catuan air.


Terkenal berpura-pura

Rakyat Sabah pasti ingat isu Empangan Kaiduan Papar yang ditentang Warisan habis-habisan sebelum jadi kerajaan namun selepas menjadi kerajaan pada 2018 dan 2019 Projek Empangan diteruskan dengan melantik kontrak kroni Lim Guan Eng Projek Terowong bawaH laut iaitu Syarikat Vizione Holdings Bhd (pemegang saham Zenith Contruction Sdn Bhd).

ARTIKEL BERKAITAN- Terbongkar! Syarikat Terowong Pulau Pinang dilantik bina Projek Empangan Papar

Bagi menjayakan misi itu awal 2018 Shafie Apdal melantik Datuk Amarjit Singh sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah seorang yang kurup untuk bolot projek Empangan Papar bernilai RM2 bilion itu.

ARTIKEL BERKAITAN- Mengapa Shafie lantik Amarjit Singh Pengarah Jabatan Air? Semuanya kerana projek Empangan Papar RM2B!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kesimpulannya, walaupun Warisan cuba menawarkan janji baharu, rekod jelas menunjukkan projek penyelesaian krisis air di Tawau sedang dilaksanakan oleh kerajaan GRS. Apa yang rakyat mahukan kini bukan lagi retorik politik, tetapi kepastian bahawa projek siap pada waktunya.

 

2 Comments