Permohonan undi pos PRN17 dilanjutkan hingga 27 Oktober
18:10 Oct 22, 2025  |  By SabahKini2
Permohonan undi pos PRN17 dilanjutkan hingga 27 Oktober

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan permohonan itu adalah bagi Kategori 1B (warganegara Malaysia tinggal di luar negara) dan Kategori 1C (agensi/organisasi).

KOTA KINABALU: Tarikh tutup permohonan undi pos bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 dilanjutkan hingga 27 Oktober ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan permohonan itu adalah bagi Kategori 1B (warganegara Malaysia tinggal di luar negara) dan Kategori 1C (agensi/organisasi).

“Mana-mana pengundi yang layak di bawah Kategori 1B dan Kategori IC boleh memohon secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my,” menurut kenyataan itu.

Menurut SPR, untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, hubungi talian 03-8892 7080 atau 03-8892 7018.

Comment