KOTA KINABALU- Sehari sebelum sebutan kes rasuahnya di Mahkamah Kota Kinabalu, ahli perniagaan Datuk Albert Tei Jiann Cheing sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila ditolak masuk ke Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).
Namun semua sudah dirancang lebih awal oleh Albert Tei. Drama Albert Tei sudah dijangka. Albert Tei tahu masuk ke Sabah hanya menggunakan surat kebenaran mahkamah tetapi beilau enggan menunjukkan surat kepada pegawai imigresen di kaunter seperti yang biasa dilakukan sebelum ini.
Pegawai imigresen hanya ikut prosedur – larangan masuk (NTL) terhadapnya masih berkuat kuasa, dan hanya boleh dibenarkan jika hadir ke mahkamah dengan bukti rasmi.
Drama Cipta Simpati, Nak Tunjuk Dihalang
Drama palui Albert Tei. Kali pertama dia disekat dia tunjuk surat dapat masuk..
Jenis macam ni memang tak patut masuk
Tindakan Albert Tei hanya untuk alasan permohonannya buang kes (struck out) atau dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) kononnya beliau “dihalang hadir ke mahkamah”
“Dia tahu prosedur. Bulan lepas dia masuk Sabah lepas tunjuk surat. Tapi kali ini sengaja tak tunjuk, nak cipta drama politik,” kata sumber
Albert sudah rancang untuk guna rakaman video di KKIA sebagai bahan publisiti kononnya kerajaan negeri menghalang beliau — sedangkan beliau sendiri yang tak ikut syarat.
Peranan Guna Bekas Pegawai Kerajaan & NGO Galian
Apa lagi drama Albert Tei? Dengan semua tindakannya menyebar video kerana marah kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji yang membatalkan semua 13 syarikatnya membuat permohonan kebenaran Lesen Mineral. Albert Tei Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Galian Sabah (PPGS), didakwa menyalahgunakan NGO ini untuk kepentingan peribadi dengan memperalat semua bekas-bekas pegawai kanan termasuk Tan Sri Mohamad Puzi Harun (Bekas KPN) dan Tan Sri Bakri Zinin (TKPN).
Hajiji tak akan berjumpa dan melayan Albert Tei jika tidak kerana Tan Sri Mohamad Puzi
Pengerusi Syarikatnya...

Beliau juga menggunakan pengaruh beberapa bekas pegawai kanan kerajaan termasuk bekas Pesuruhjaya Polis Sabah, Timbalan Pesuruhjaya Polis, Pengarah JPJ dan LHDN untuk melobi projek di Sabah. Melalui mereka Albert Tei dapat bertemu Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri, Menteri dan para MP di Sabah untuk sokongan surat permohonan. Ketika inilah atas nama CSR dan dana politik Albert Tei akan mengeluarkan dana bantuan, tajaan dan lain-lain lagi.

Namun apabila gagal dapat projek, beliau menggunakan alasan pemberian CSR dan dana politik itu sebagai rasuah. Beliau merakam semua pertemuan yang acah-acah beri wang kemudiannya menyerang kerajaan negeri dan pemimpin politik cipta persepsi negatif melalui video suntingan dan ucapan berbaur hasutan di luar mahkamah. Terbaru beliau mendedahhkan surat sokongan Dr Jeffrey Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah dan kontai pengerusi syarikat itu ialah Tan Sri Bakri Zinin.
[ARTIKEL BERKAITAN- Rakusnya Albert Tei: Dari Monopoli Lesen Mineral ke Syarikat Dipengerusikan Tan Sri Puzi & Bakri Zinin Lobi Projek Kuari & Silika ]
Mahkamah Tolak Permohonan DNAA
Taktik Albert nampaknya tidak menjadi.Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu menolak permohonan DNAA yang dibuat peguamnya Edward Paul atas alasan kononnya Albert “tidak dibenarkan masuk Sabah.”
Hakim Jason Juga menegaskan larangan itu bukan sekatan total, sebaliknya hanya untuk kawalan kemasukan.
Mahkamah menetapkan 28 November 2025 bagi pengurusan kes pra-perbicaraan (PTCM) dan membenarkan jika perlu, tertuduh boleh menghadiri sebutan kes melalui aplikasi Zoom.
Hakim juga mengarahkan pihak pendakwa berhubung dengan Jabatan Imigresen bagi memastikan kehadiran Albert dalam perbicaraan akan datang.
Albert kini berdepan dua pertuduhan rasuah melibatkan ADUN Sabah, masing-masing Datuk Dr. Yusof Yacob (Sindumin) dan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (Tanjung Batu).
Boleh Masuk Kalau Ada Surat – Jangan Putar Belit
Menurut pihak berkuasa, tiada sekatan mutlak terhadap Albert. Beliau boleh masuk Sabah untuk tujuan kes mahkamah asalkan menunjukkan surat rasmi.
 Selepas selesai, beliau wajib meninggalkan negeri.
Jelas, semua dakwaan Albert kononnya “dihalang” hanyalah skrip drama politik murahan untuk menimbulkan simpati dan menekan mahkamah.
“Kalau betul nak hadir kes, tunjuk surat. Jangan main wayang depan kamera,” kata seorang pegawai kerajaan.
Tindakan Albert Tei hanyalah usaha terdesak untuk alih perhatian daripada kes rasuahnya. Kerajaan Sabah tidak pernah menghalang sesiapa yang ikut undang-undang.
Yang menghalang diri sendiri ialah Albert Tei Jiann Cheing – pelakon utama drama “Dihalang Masuk Sabah” yang skripnya ditulis olehnya sendiri.

 1
 1 
