KOTA KINABALU: Perikatan Nasional (PN) hari ini mengumumkan bakal bertanding di 41 daripada keseluruhan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sebanyak 33 kerusi terbabit akan ditandingi calon daripada BERSATU, PAS (lima) dan GERAKAN (tiga).
Beliau yang juga Presiden BERSATU sekali gus mengumumkan senarai calon bagi 40 kerusi berkenaan, manakala satu lagi kerusi membabitkan DUN Sindumin akan diumumkan kemudian.
Calon daripada BERSATU meliputi Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, yang akan bertanding di kerusi DUN Sugut.
Ronald yang juga Naib Presiden BERSATU, adalah Ahli Parlimen Beluran dan Pengerusi PN Sabah.
Naib Pengerusi PN Sabah, Datuk Dr Aliakbar Gulasan yang juga Pesuruhjaya PAS Sabah serta Ahli DUN (ADUN) Dilantik pula dinamakan sebagai calon kerusi DUN Karambunai.
Seterusnya Ketua GERAKAN Sabah, William Ooi, akan bertanding di kerusi DUN Luyang, manakala dua lagi ahli parti itu membabitkan Elvis Koa Wei Yang dan Firdaus Silvester masing-masing dinamakan sebagai calon kerusi DUN Tanjung Papat serta Elopura.
Bercakap kepada pemberita pada majlis itu, Ronald memaklumkan bahawa calon daripada BERSATU untuk kerusi DUN Sindumin akan diumumkan kemudian.
Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Berikut adalah senarai 40 calon PN yang diumumkan, hari ini:
N01 Banggi – Rahimah Majid
N02 Bengkoka – Berusli Kimin
N04 Tanjong Kapor – Muhammad Affan Jumahat
N08 Pintasan - Awang Salleh Makmud
N12 Sulaman – Datin Tiaminah @ Siti Aminah Ele
N13 Pantai Dalit – Mohd Zulkernain Osman
N16 Karambunai – Datuk Dr Aliakbar Gulasan
N17 Darau – Nabila Norsahar
N21 Luyang – Ooi Hong Wee
N22 Tanjong Aru – Suhaimi Buang
N24 Tanjung Keramat – Farish Adamz Shah @ Kanny
N26 Moyog – Francis Mojikon
N27 Limbahau – Adrian Alexander
N29 Pantai Manis – Faizal Julaili
N30 Bongawan – Ridzuan Agus Payong
N32 Klias – Mohammad Hisyam Hazaril
N36 Kundasang – Atong Antong
N41 Liawan – Johny @ John bin Anthony
N46 Nabawan – Sayau Tangkap
N47 Telupid – Jamin Jamri
N48 Sugut – Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
N49 Labuk – Asmad Nasir
N50 Gum-Gum – Yunus Nurdin
N51 Sungai Manila – Yusri Abu
N52 Sungai Sibuga – Norani Asmatil
N53 Sekong – Mohd Fazriee Awang
N55 Elopura – Mohd Firdaus @ Silvester Abdullah
N56 Tanjong Papat – Koa Wei Yang
N58 Lamag – Mazlin Madali
N59 Sukau – Pengiran Petra Pengiran Asri
N62 Silam – Borkes @ Balkis Kalinggalan
N63 Kunak – Kasman Karate
N64 Sulabayan – Abdul Malik Abd Bool
N66 Bugaya – Jamil Abdul Gapar
N67 Balung – Dr Munzier Mahamud
N68 Apas – Lim Ting Khai
N70 Kukusan – Francis Lawrence @ Yusop
N71 Tanjung Batu – Ahmad Dullah
N72 Merotai – Hasan Haris
N73 Sebatik – Suhurani Sammani

