Kerajaan komited beri peruntukan RM17.5 bilion untuk Sabah tahun depan
19:11 Nov 13, 2025  |  By SabahKini2
Kerajaan komited beri peruntukan RM17.5 bilion untuk Sabah tahun depan

Kerajaan MADANI juga memperkukuh bekalan asas dengan peruntukan RM1.2 bilion bagi menjamin kelangsungan bekalan elektrik serta RM765 juta untuk melaksanakan Projek Talian Penghantaran Southern Link.

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan menegaskan komitmen berterusan terhadap kemajuan Sabah dengan peruntukan RM17.5 bilion bagi tahun 2026, sebagai usaha memperkukuh kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri berkenaan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan di Facebook hari ini berkata, di bawah pentadbiran kerajaan MADANI, pelaksanaan projek-projek prasarana utama seperti Lebuhraya Pan Borneo Sabah bernilai RM13.9 bilion telah disambung semula bagi memastikan kemudahan pengangkutan yang lebih cekap dan menyeluruh.

Selain itu, penambahbaikan kemudahan asas turut diberi keutamaan termasuk pembangunan Pusat Jantung Sabah di Hospital Queen Elizabeth II bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan.

Kerajaan MADANI juga memperkukuh bekalan asas dengan peruntukan RM1.2 bilion bagi menjamin kelangsungan bekalan elektrik serta RM765 juta untuk melaksanakan Projek Talian Penghantaran Southern Link.

Projek Southern Link itu merupakan cadangan pembinaan talian penghantaran elektrik baharu yang akan menghubungkan Pantai Timur dan Pantai Barat Sabah, bertujuan menstabilkan dan menambah baik keupayaan bekalan tenaga di seluruh negeri.

Comment