TUARAN: Pilihan Raya Negeri Negeri (PRN17) Sabah di DUN Sulaman antara kerusi panas menyaksikan pertandingan lima penjuru.
Ia membabitkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menentang empat lagi calon iaitu dari Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Warisan, dan Parti Impian Sabah (PIS).
Proses penyerahan borang pencalonan berjalan lancar yang berlangsung di Pusat Penamaan Calon, Dewan Seri Sulaman di sini bagi DUN Sulaman.
Calon pertama menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.04 pagi iaitu calon dari BN, Dr Shahnon Rizal Thajuddin.
Calon ketiga menyerahkan borang pencalonan calon dari Warisan, Mokhtar Hussin iaitu iaitu pada 9.09 pagi
Calon dari PN, Tiaminah @ Siti Aminah Ele pula menyerahkan borang pencalonannya pada jam 9.11 pagi diikuti calon dari PIS, Pajudin Nordin pada jam 9.13 pagi.
Pengumuman rasmi dibuat pada jam 10.50 pagi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRN17 Sabah DUN N.12 Sulaman, Ibrahim Terki.
Datuk Seri Hajiji sekali lagi akan cuba mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada PRN16 Sabah yang lalu.
Pada PRN16, Hajiji menang di DUN Sulaman yang disandang sejak 1990 dengan majoriti 3,099 undi. Pada PRN16, Hajiji ketika itu adalah Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Sabah (PN).

