TUARAN: Seorang calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas tiba-tiba mengadu tidak sihat ketika menunggu cabutan undi calon di Dewan Seri Sulaman, di sini.
Calon mewakili Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Dusi Gingging, sebelum itu dibantu Dr Shahnon Rizal Thajuddin yang juga calon Barisan Nasional (BN) Sulaman dan calon Parti Warisan Tamparuli, Dr Joseph Lee.
Petugas Pilihan Raya kemudian meminta bantuan pasukan kecemasan untuk membawa keluar calon terbabit bagi mendapatkan rawatan lanjut.

