Pada Ogos dan September 2018 kecoh Shafie Apdal ketika sebagai Ketua Menteri melantik Amarjit Sigh korup sebagai Pengarah Jabatan Air dan Frank Salazar yang punya kes pecah amanah di mahkamah sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS).
Sabahkini2 pernah melaporkan mengenai Frank Salazar @Franco Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Benta Wawasan dan COO Sabah Softwoods Berhad yang dilantik Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) berkuatkuasa 1 September lalu sehingga 31 Ogos 2021.
ARTIKEL BERKAITAN- Shafie lantik bekas CEO Pecah amanah sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah

Watikah pelantikan bertarikh 8 September 2018 itu tular apabila ramai pengguna media sosial Sabah menulisnya sebagai Pelantikan Pengerusi LKTNS yang dikaitkan dengan Maria Issabel Climaco Salazar Mayor Zamboanga City.

Frank Salazar adalah bekas calon PKR pada PRU ke13 di Dun Balung sebelum menyertai Parti Warisan Sabah dan pernah dilantik Ketua Bahagian Warisan Tawau.
Ketika di Sabah Softwood dan Benta Wawasan beliau dikatakan terlibat dengan banyak kes rasuah dan pecah amanah malah ada beberapa kes beliau masih dibicarakan di Mahkamah Perusahaan Malaysia sejak 2014 lagi.

Shafie Apdal terkenal dalam melantik pegawai Sempornarian dalam jabatan dan GLC Sabah. Pelantikan Amarjit Singh bekas konsultan projek loji air yang direman SPRM sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah paling kontroversi selain keluarganya dalam Yayasan Sabah yang mengurus balak negeri.
[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Hipokrasi 5: Shafie mengaku lantik keluarga, 'orang semporna' dalam jabatan, GLC kaum lain dapat apa?
![[VIDEO] Hipokrasi 5: Shafie mengaku lantik keluarga, 'orang semporna' dalam jabatan, GLC kaum lain dapat apa?](https://sabahkini2.co/public/data/files//FAIL_2020/SEPTEMBER_2020/shafie_mengaku_lantik.jpg)
Mengapa Shafie Apdal memilih calon bekas CEO Korup CALON N67 BALUNG? Bagaimana jika beliau menjadi wakil rakyat nanti pasti semuanya kaki rasuah dan pecah amanah. Orang balung tidak wajar percaya jenis pemimpin begini. Warisan bising dengan pemimpin yang belum didakwa namun Frank Salazar didakwa di mahkamah.


1 