Beberapa individu yang menyebar maklumat palsu berhubungan penemuan wang di lokasi kemalangan yang kononnya dikaitkan dengan BN dikesan. Mohon tindakan SKMM dan PDRM
KOTA KINABALU- Tular di dalam aplikasi sembang Whatsapp dan facebook kononnya seorang ahli politik Barisan Nasional Sabah meninggal akibat kemalangan dan ditemui bersamanya ketika kemalangan itu kotak yang penuh dengan duit Malaysia.
Semakan Sabahkini2 seorang pengguna facebook bernama Ridzuan Ibrahim (link https://www.facebook.com/leechuan.mamat/posts/2168111450134685 ) menulis maklumat palsu dalam facebooknya berhubung kematian Hj Hajan AJK UMNO Bahagian Semporna selain memasukkan gambar wang palsu untuk memburukkan individu berkenaan. Lebih 100 perkongsian berita palsu itu.
Media melaporkan seorang pemandu Sulaiman Arianto 28 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di jalan Ranau Telupid. Tiada penemuan wang di dalam kenderaan milik seorang kontraktor Sabah bernama Hj Hajan Gurimbang.
Mesej penemuan wang itu merupakan mesej palsu dan wang di dalam kotak yang dikepilkan bersama mesej berkenaan yang kononnya ditemui bersama mangsa itu pernah ditularkan sebelum ini dengan tajuk pengedaran wang palsu dan pada feb 2018 lalu, pihak PDRM telah menafikan kesahihan mesej bergambar berkenaan. Gambar wang itu turut digunakan di beberapa blog dan portal.
Seorang lagi dikesan menyebarkan berita palsu ini ialah Yii Kai Hee berasal dari Sarawak
Netizen menggesa SKMM dan PDRM mengambil tindakan terhadap penyebaran berita palsu. Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 selain Seksyen 4 Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM500,000 dan penjara sehingga enam tahun.